Maxplay303 Login Via Fitrihadi [dot] com
Alert! This Is Not Just About A Blog!
Alert! This Is Not Just About A Blog!
Apr 6th
Salam.
Ada sorang lelaki ni dah 20 tahun. dan dia baru je tendang abang ipar dia. Korang rasa patut ke dia tendang abang ipar dia? nanti dulu, cerita tak habis lagi. Sepanjang 10 tahun yg lepas sejak dari darjah 5 sehingga ke hari ni dia memendam perasaan disebabkan abang ipar dia ni suka meraba kemaluan dia. Setiap kali terserempak mesti abang ipar dia akan cuba sentuh kemaluan dia.
Dia pun pelik dengan perangai kurang ajar abang ipar dia. Apsal nak raba-raba? Dan setiap kali abang ipar dia datang rumah, dia akan memencilkan diri. Fobia dengan kelakuan abang ipar dia. Tak cukup dengan tu, pada malam kematian ayah dia ni masa dia sekolah menengah, abang ipar dia still nak meraba dia. disebabkan hal ni dia berkurung dalam bilik. dan mak dia ni pulak dah nangis sebab rasa anak dia ni buat perangai bila ayah dah takde. lagi lah dia rasa tension kerana besarnya dosa bila dah menitiskan air mata ibu dia walaupun dia tahu bukan dia bermaksud nak buat mak dia macam tu.
Memang dia sakit hati dengan perangai abang ipar dia yang suka mengejek dan memperlekehkan dia bila dia kena marah dengan mak dia. tu pun belakang mak dia. depan mak dia, abang ipar ni baik je. dan yang paling dia sakit hati bila abang ipar dia yang kurang ajar ni suka buang angin bila lalu depan dia. Disebabkan semua perkara tu lah hidup dia huru-hara dan terumbang-ambing.
Dia tak pernah cerita benda ni kat family dia sebab masa kecik-kecil dulu dia tak tahu apa-apa..tapi bila dah besar, abang ipar dia still nak raba-raba, dia jadi makin fedap. Baru-baru ni, dia ada bagi tahu mak dan kakak dia a.k.a bini ipar dia tu, tapi hampa. masing-masing macam buat tak tahu je. Sampailah satu hari tu dia tendang je abang ipar dia sebab perasaan yang dipendam selama 10 tahun tu meletup hari tu gak.
Jadi apa pendapat korang? betul ke tindakan mangsa tu menendang abang ipar dia? Kalau korang yang berada dalam situasi budak tu, apa korang nak buat terhadap pencabul songsang kanak-kanak tu yang menyebabkan budak tu trauma sehingga dia dewasa?
P/s: Hairan kenapa masih ada manusia yang hidup tak bertamadun macam ni.. Walaupun ini bukan penderaan fizikal tapi ianya lebih kepada penderaan emosi. Lagi teruk kesannya kerana ia tak dapat dikesan dengan mata kasar. Jadi, sokonglah Kempen Kami Prihatin yang baru dilancarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini!
Apr 5th
Sukan bukanlah sesuatu yang saya suka. Tapi jika diberi pilihan mestilah bola tampar. kalau bola sepak takde lah champion sangat. dulu kat sekolah pun jadi wakil sekolah untuk bola tampar je.. boleh lah.
Sekarang ini dah makin dekat dengan musim bola sepak piala dunia. jadi mesti lah bola sepak akan menjadi sukan kegemaran saya. hanyalah untuk bersorak bukan untuk bermain. hehe jangan marah ya.
Pasukan yang manjadi pilihan untuk saya sokong adalah England. Walaupun prestasi pasukan England terumbang-ambing sedikit kerana masalah kecederaan yang membelengu pemain-pemain tapi itu bukan masalah, malah ianya boleh dijadikan pembakar semangat untuk diorang supaya lebih berusaha.
Apr 5th
Wahai anak-anak Malaysia sekalian. Jom muhasabah diri sekejap!
Apr 4th
Hi,
Dah baca tips di blog lama fit pasal sebuah blog yang annoying tu? Dalam salah satu sebab yang annoying tu fit ada cakap kenapa widgeo ni amatlah tidak digalakkan untuk korang guna. Ini adalah kerana ia akan mengeluarkan iklan yang bukan saja ntah apa-apa tapi iklan yang berbunyi seperti ‘porn porn’ di bawah..
P/s: Kalau takleh makan gak nasihat ni boleh try nasi kandar kat ‘Kayu Nasi Kandar’..memang superb
Apr 4th
Tak nak membebel panjang. Satu perkataan je nak cakap untuk video ni; COMEL!