Featured

(Kisah Sedih) Hakim & Mahkamah Bantu Nenek Tu

Agak sedih dan terharu gak baca kisah hakim juga hadirin dalam mahkamah yang membantu seorang nenek tua membayar denda akibat mencuri ubi kayu. Aku harap masih ramai insan yang berhati mulia seperti d

Read More
(Kisah Sedih) Hakim & Mahkamah Bantu Nenek Tua Yang Mencuri

(Video) Hukum Main Alat Muzik Gitar oleh Ustaz Dat

Ingat lagi bila Ustaz Azhar Idrus bermain gitar pada malam sambutan tahun baru 2012 yang lepas? Apakah hukum bermain alat muzik seperti gitar dan seruling?     Ikuti video ulasan dan jawapan

Read More
(Video) Hukum Main Alat Muzik Gitar oleh Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

(Artikel) Apalah Kurangnya Ayah Jika Dibandingkan

(Artikel) Apalah Kurangnya Ayah Jika Dibandingkan Dengan Ibu   Agak tersentuh aku baca artikel ni. Bagi yang sudah menjadi bapa mesti dah rasa bagaimana risau dan sukarnya menjaga darah daging se

Read More
(Artikel) Apalah Kurangnya Ayah Jika Dibandingkan Dengan Ibu…

(Video) Rupa Sebenar Ruang Dalam Kaabah

Sebelum aku tengok video ni memang aku tak tahu langsung apa rupa sebenar ruang dalam kaabah tu.     Dan lepas tengok video bawah ni baru aku tahu apa yang ada dalam Kaabah tu. Dan untuk pen

Read More
(Video) Rupa Sebenar Ruang Dalam Kaabah

(26 Soalan) Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Shah Alam

Siapa yang pergi sesi kuliah maghrib khas bersama Ustaz Azhar Idrus semalam (29 Januari 2012) di masjid Shah Alam memang beruntung dapat tambah ilmu dan keberkatan dari Allah.     Ada 26 soa

Read More
(26 Soalan) Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Shah Alam 29 Januari 2012

(Video) Ketam Cabut Kaki Sendiri

by

Seriously?

 

video ketam cabut kaki sendiri

 

Tak tahu pulak yang ketam akan cabut kaki sendiri kalau cedera. Selepas beberapa lama akan tumbuh balik kaki baru yang sihat walafiat.   (more…)



...................................................................................................................

(Video) Satoko Yamano – Penyanyi Asal Lagu Doraemon

by

Satoko Yamano.

 

satoko yamano penyanyi asal doraemon song

 

Ini rupanya penyanyi asal lagu tema kartun Doraemon yang bernama Satoko Yamano. Nanti korang tunjuk ar video ni kat adik-adik korang, mesti diorang sukerr.. keh keh keh..  (more…)



...................................................................................................................

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia!

by

Nampaknya Malaysia dah ada rumah terbalik. Boleh ar ramai-ramai gi melawat rumah terbalik yang berada di Sabah ni.

 

 

rumah terbalik sabah malaysia
rumah terbalik sabah malaysia
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

 

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

 

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

 

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

 

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

 

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

 

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

 

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

 

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.



...................................................................................................................

(Video) Iklan Toyota Camry Yang Winning!

by

Memang terbaik iklan terbaru Toyota Camry ni.

 

iklan terbaru toyota camry 2012

 

Bayangkan kalau barang seharian kita lebih humanoid dan lebih mesra. Mesti best kan. hehehe…  (more…)



...................................................................................................................

(Berita) Upah Jiran Buat Seks Dengan Isteri???

by

Giler ar.

 

Sanggup sorang mamat ni upah jiran dia supaya melakukan hubungan seks dengan isteri sebab nak dapatkan anak. Adoii.. kalau susah sangat ambik je anak angkat. Tak pun buat bayi tabung uji. Kan senang.

 

upah jiran buat seks

 

STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan ‘benar-benar berniat jujur’ apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.

 

Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.

 

Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak.

 

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

 

Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

 

Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.

 

Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”

 

Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.

 

Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.

 

Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.

 

Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusaha bersungguh-sungguh.’ – Agensi

 

[ News via Berita Harian ]



...................................................................................................................

(Gambar) Bad Hair Day

by

Bad hair day…

 

Apa motif mamat ni buat gaya rambut macam ni? Adoii..

 

bad hair day gaya rambut

 

P/s: Aku baru potong rambut 2 hari lepas :)



...................................................................................................................

Subscribe!

Enter your email address:

Sementara Itu…

..............................
BHO Malaysia Top Site Ranking