Hari ni katanya hari jururawat. So, aku nak share dua artikel yang menarik tentang kerjaya jururawat ni. Mungkin ada perkara tentang mereka yang kita jarang tahu.

Artikel pertama adalah soalan tentang pakaian dan kerjaya jururawat muslimah yang ditujukan kepada Ustazah Fatimah Syarha:
Assalamualaikum ustazah, saya bekerja sebagai seorang jururawat. Tetapi ustazah, apabila saya beritahu pekerjaan saya, ramai yang tidak dapat menerima kerana alasan mereka uniform jururawat yang tidak menutupi syariat dan kerja jururawat yang tidak tentu masa. Soalan saya, adakah pekerjaan jururawat tidak sesuai untuk muslimat yang aktif dalam usrah atau halaqah kerana uniform dan juga kerja tidak tentu masa yang membataskan perjuangan. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa saya, saya tidak berniat untuk riak tetapi kalau di luar waktu kerja saya memakai jubah dan tudung labuh. Mohon pencerahannya
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha: (more…)
.png)




