FITRIHADI
Admin blog Fitrihadi.com. Menceburi bidang blogging sejak tahun 2008. MORE >
Homepage: http://fitrihadi.com
Yahoo Messenger: ryduz
Posts by FITRIHADI
(Kisah + Gambar) Ana Raffali Kini Manis Bertudung
Feb 8th
Tahniah diucapkan kepada Ana Raffali yang kini bertudung. Satu hijrah ke arah kebaikan yang patut dicontohi semua artis dan wanita Islam khususnya.
Nampak manis je. Hehe :)

“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” kongsi Ana Raffali dengan wartawan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.
“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’.
Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.
“Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.
“Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.”
[ Story via gua.com.my ]
Semoga lebih ramai artis dapat berhijrah dan bertudung seperti Ana Raffali :)
(Gambar) Photoshop Gadis Bertudung Duduk Atas Riba Lelaki???
Feb 8th
Ye. Aku tau Adobe Photoshop boleh edit gambar. Contohnya gambar gadis bertudung ni boleh edit bagi nampak macam duduk atas riba lelaki. Aku dapat dari facebook share.
+Photoshop+Gadis+Bertudung+Duduk+Atas+Riba+Lelaki.jpg)
Masya-Allah. So kalau nak bergambar atau nak upload gambar kat facebook tu, berjaga-jagalah sebab dari situ mungkin fitnah boleh tercipta. Dan fitnah yang paling bahaya adalah fitnah wanita. Kesian kat gadis bertudung tu. (Actually gambar atas tu contoh je. Sekadar berkongsi ilmu dan nasihat.)
So, gunalah Adobe Photoshop untuk kebaikan contohnya edit atau buat gambar yang ada ilmu agama, hadis dan lain-lain lagi. Banyak dapat pahala tu.
Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat beramal :)
(Official Trailer) The Amazing Spiderman
Feb 8th
Macam gempak video official trailer filem The Amazing Spiderman ni. Tarikh tayangan adalah pada July 3, 2012.
Fuhh mesti tonton The Amazing Spiderman kat pawagam. Sebab nanti rasa macam terbang sama-sama dengan dia..

Apa pun jom layan video trailer The Amazing Spiderman ni. More >
(Video) Pekerja KFC Kurang Ajar Tendang Pelanggan!
Feb 8th
Sungguh aku terkejut dengan video pekerja KFC yang kurang ajar hingga sanggup tendang pelanggan cina di Restoran KFC i-City Shah Alam.

Dan kali ni aku betul-betul kecewa. Sangat-sangat terkilan. Perlu ke sampai nak tendang-menendang?
KFC worker fight with customer in I-City…the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him… the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer – “kalau mau makan, buat sendiri lah BABI..” …. (Caption video youtube tersebut)
Dan sumber lain juga mengatakan…
“I was there..and yes..we wait for 1 hour..yes the service is slow..because tak cukup staff..and orang pun sangat ramai…kebanyakkan staff dah penat..non stop working..actually ayam tu bukan dah abis..masih tgh masak and that chinese guy dont want to wait again..and start maki2…then keluar…mybe tak puas hati dia masuk balik..and shouting at KFC workers and start maki2 again….”
Inilah video yang buat aku dan rakyat Malaysia yang lain kecewa dengan tindakan pekerja KFC yang kurang ajar, sanggup terajang dan tendang pelanggan diorang. Tak kira siapa salah, yang penting semua kena tunjuk sikap positif. Pekerja kena sabar dengan tekanan. Dan pelanggan kena sabar kalau nak makan.
Tak kiralah dengan melayu, cina atau india mesti ada sifat hormat menghormati. Inikah rakyat Malaysia yang kita impikan selama ini? More >
Semakan Keputusan Ke Sekolah Asrama Penuh, MRSM Tingkatan 1 Dan 4
Feb 4th
Semak keputusan tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) ambilan ke dua atau kemasukan ke MRSM untuk tingkatan 1 dan juga tingkatan 4 di bawah!

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP tingkatan 1 (ambilan kedua):
Kepada yang tidak mendapat tawaran memasuki Tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh SBP pada sesi ambilan pertama kini boleh menyemak samada mendapat tawaran untuk ambilan kedua atau tidak.
Semakan boleh di buat di: More >



Gambar ‘spy’ semasa penghantaran di lebuh Guthrie
Also own the Senarai 