Oct 062017
 

Inilah JBL T110 In-Ear Headphones yang perlu anda miliki jika earphone semasa anda sudah menunjukkan tanda-tanda hampir rosak dan perlu ditukar.

Ianya berbaloi untuk dimiliki kerana dilengkapi dengan pelbagai kelebihan dan ciri yang terbaik.

Sebelum ini, admin menggunakan Apple Earpod selama lebih 3 tahun yang mana kondisi sekarang agak nazak seperti:

  • kabel terlipat dan mudah terkoyak (akibat kabel menjadi serabut dan terhempap badan semasa tidur)
  • plug 3.5mm menjadi longgar (kadangkala peranti boleh detect earpod, kadangkala tidak)
  • kadangkala bunyi keluar hanya di sebelah saja dan perlu adjust plug sambungan untuk bunyi di kedua-dua belah.
  • butang kawalan semakin tak responsif (kena tekan kuat-kuat)

Disebabkan masalah di atas, admin akhirnya memilih satu earphone baru yang lebih baik dan berbaloi untuk dimiliki iaitu JBL T110 In-ear Headphones.

Tahukah anda JBL adalah salah satu jenama di bawah pengeluar audio terkemuka iaitu Harman. Sudah pasti anda tahu produk ikonik Harman Kardon seperti Harman Kardon Soundsticks, Harman Kardon Onyx Studio dan lain-lain lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kenapa ianya berbaloi, review JBL T110 In-Ear Headphones ini akan memfokuskan kepada:

  • Pakej
  • Spesifikasi
  • Kualiti
  • Kualiti bunyi
  • Kekurangan
  • Harga

JBL T110 ini boleh didapati dengan 3 pilihan warna iaitu biru, hitam dan putih.

Untuk pilihan admin, sudah pasti warna biru menjadi pilihan kerana ianya agak menyerlah dari pilihan warna hitam dan putih.

 

PAKEJ

Kotak bungkusan produk ini agak ringkas dengan sedikit sentuhan warna oren dari logo JBL.

Dan ini adalah kandungan apa yang anda akan dapat iaitu:

  • Earphone
  • tambahan 2 ear-plug berlainan saiz (S dan L)
  • Kad PERHATIAN (ATTENTION)!
  • Kad waranti
  • kad ???

 

 

SPESIFIKASI

Dari pandang pertama earphone ini, terdapat satu butang kawalan yang lengkap dengan mikrofon diatasnya.

Fungsi butang kawalan ini sesuai digunakan untuk sebarang smartphone, tablet atau laptop.

Terdapat beberapa fungsi butang kawalan ini iaitu:

  • tekan sekali untuk terima panggilan (jika dicucuk pada smartphone)
  • tekan sekali untuk henti/mainkan lagu
  • tekan dua kali untuk mainkan lagu seterusnya
  • tekan tiga kali untuk mainkan lagu sebelumnya

Selain itu, kabelnya juga berbentuk rata atau flat supaya ianya senang disimpan dan tidak mudah berserabut. Sepanjang admin menggunakan earphone ini, memang kabel tersebut tidak mudah serabut dan mudah pula untuk meluruskan kabel tersebut.

LIHAT JUGA:  (Ulasan) Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Dari info yang diberikan, earphone ini mempunyai tahap frekuensi antara 20hz hingga 20khz. Walaupun tahap frekuensinya agak biasa (bukan di bawah 20hz) namun ianya dilengkapi teknologi JBL Pure Bass Sound.

Saiz dynamic driver atau speaker juga katanya bersaiz standard 9mm seperti earpod. Namun perlu diingatkan bukan saiz yang menjadi ukuran, tapi bahan yang membina driver tersebut memainkan peranan penting untuk menghasilkan bunyi yang sedap dan gempak.

 

KUALITI

Walaupun agak ringkas dengan bentuk wayarnya juga agak nipis, namun kualiti produk ini boleh dikatakan agak memuaskan.

Pujian harus diberikan kerana ciri-ciri yang terdapat dalam rekaan earphone JBL T110 ini banyak memudahkan pengguna.

Antaranya ialah plug 3.5mm yang dibina condong 45º ini dapat mengurangkan tekanan semasa menekan atau menarik plug tersebut.

Selain mengelakkan hujung kabel dari terlipat ianya dapat memanjangkan jangka hayat kabel tersebut. Genius bukan?

Psstt. Apple patut gunakan idea ni untuk kesemua wayar pengecas mereka.

Cetakan logo yang berlainan di kedua belah earphone juga memudahkan pengguna untuk mengenal pasti kiri dan kanan earphone (selain butang kawalan yang sememangnya terletak di kanan earphone).

Ear-bud yang diberikan agak selesa dipakai kerana ianya terdiri dari

 

KUALITI BUNYI

Bunyi terhasil yang dikatakan pure bass pula terbukti benar seperti yang dikatakan.

Jika menonton filem, bunyi dengungan bass yang terhasil hampir sama seperti menonton wayang.

Nak test kualiti bass earphone anda? Dengarkan playlist di bawah ni dan rasai gegaran bass nya.

 

KEKURANGAN

Jika terdapat ruang untuk penambahbaikan, sudah pasti admin inginkan butang tambahan untuk mengawal bunyi (volume) seperti yang terdapat pada earpod.

Selain itu, adalah baik jika diberikan satu beg atau case supaya mudah untuk menyimpan earphone ini atau untuk dibawa ke mana saja. Sudah pasti ini akan menarik minat lebih ramai pengguna untuk memiliki earphone ini.

Apa pun, dengan tawaran harga menjimatkan dan kualiti yang terbaik diberikan, ianya memang berbaloi untuk dimiliki peminat muzik ‘eargasme’ mahupun pengguna smartphone biasa.

Earphone berkualiti dah makin murah, dan earphone murah dah makin berkualiti.

JBL, JBL EVERYWHERE.

HARGA

Dengan harga di bawah RM100 sudah pasti ianya mampu dimiliki dengan tawaran kualiti yang terbaik serta bunyi bass yang gempak.


Jika berminat, bolehlah klik ‘miliki sekarang’ melalui laman Lazada di atas.

Semoga bermanfaat!

(Visited 27 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK