Sep 282017
 

Info Saiz berat Harga Flexipack Pos Malaysia

Tahukah anda, Pos Malaysia ada mengeluarkan Flexipack iaitu paket penghantaran barang pra-bayar.

Ianya lebih menjimatkan dari segi saiz dan harga.

Terdapat juga tracking number untuk mendapatkan lokasi terkini semasa penghantaran dan boleh dikesan melalui laman sesawang Poslaju atau Pos Malaysia.

Namun, tempoh penghantaran bukanlah seperti Poslaju kerana ianya dihantar menggunakan khidmat Pos Malaysia seperti menghantar surat biasa. Mungkin mengambil masa minimum dalam 4-5 hari bekerja.

Disebabkan tawaran harga dan had beratnya yang kompetitif, ternyata ianya kini menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Bentuk paket juga boleh dibuat menjadi kotak atau paket yang lebih nipis dan memudahkan.

Info Saiz berat Harga Flexipack Pos Malaysia

Antara barangan yang sesuai dihantar dengan paket kecil di bawah berat 1 kilogram ini adalah tudung, pakaian, jam, tali pinggang, wallet, peralatan komputer yang kecil dan lain-lain lagi barang yang kecil dan agak berat namun berada di bawah berat 1 kilogram.

Untuk paket dengan berat maksimum 2 kg pula sesuai digunakan untuk mehantar seluar jeans, beberapa buku komik atau novel,  dan lain-lain lagi.

Setiap pembelian produk ini juga akan disertakan dengan bubble wrap.

Dengan adanya Flexipack ini, anda tidak perlu lagi beratur atau menunggu giliran di kaunter pejabat pos, hanya tinggalkan saja kotak ini di kaunter dan barangan anda akan terus didaftarkan dan dihantar ke destinasinya.

Berikut adalah senarai info ciri-ciri Flexipack dari segi saiz, had berat dan lain-lain lagi:

1) Flexipack kuning 1kg

  • Harga: RM 4.80 (termasuk GST)
  • Had berat maksimum: 1 kilogram
  • Saiz: 180mm x 150mm x 50mm
  • Untuk penghantaran semenanjung ke semenanjung atau
  • Untuk penghantaran Sabah ke Sabah atau
  • Untuk penghantaran Sarawak ke Sarawak
LIHAT JUGA:  (Artikel) Perkongsian Kapten Nik Ahmad Huzlan Tentang MH370 Yang Hilang

 

2) Flexipack kuning  2kg

  • Harga: RM 5.80 (termasuk GST)
  • Had berat maksimum: 2 kilogram
  • Saiz: 250mm x 200mm x 100mm
  • Untuk penghantaran semenanjung ke semenanjung atau
  • Untuk penghantaran Sabah ke Sabah atau
  • Untuk penghantaran Sarawak ke Sarawak

 

Info Saiz berat Harga Flexipack Pos Malaysia

Kotak biru untuk penghantaran keluar dari semenanjung, keluar dari Sabah atau keluar dari Sarawak.

3) Flexipack biru 1kg

  • Harga: RM 6.40 (termasuk GST)
  • Had berat maksimum: 1 kilogram
  • Saiz: 180mm x 150mm x 50mm
  • Untuk penghantaran semenanjung ke Sabah/Sarawak atau
  • Untuk penghantaran Sabah/Sarawak ke semenanjung atau
  • Untuk penghantaran Sabah ke Sarawak atau
  • Untuk penghantaran Sarawak ke Sabah

 

4) Flexipack biru 2kg

  • Harga: RM 10.60 (termasuk GST)
  • Had berat maksimum: 2 kilogram
  • Saiz: 250mm x 200mm x 100mm
  • Untuk penghantaran semenanjung ke Sabah/Sarawak atau
  • Untuk penghantaran Sabah/Sarawak ke semenanjung atau
  • Untuk penghantaran Sabah ke Sarawak atau
  • Untuk penghantaran Sarawak ke Sabah

Psstt. Berhati-hati apabila menulis alamat di atas kotak flexipack ini kerana dakwat pen yang baru ditulis tidak mudah kering dan tulisan mungkin akan hancur jika terkena sebarang geseran. Mohon keringkan dakwat dengan cara menekan sebarang kertas ke atas tulisan untuk menyerap lebihan dakwat sebelum menghantar. Ianya juga untuk mengelakkan alamat di kotak hilang semasa penghantaran.

Info Saiz berat Harga Flexipack Pos Malaysia

Geseran selepas menulis; Dakwat pen biasa dan dakwat pen gel. Mohon penambahbaikan dari Pos Malaysia.

Kotak Flexipack untuk penghantaran ke luar negara meliputi beberapa negara di ASIA dan negara lain juga ada disediakan. Ianya boleh dikenali dengan kotak berwarna biru gelap dan magenta (ungu).

Kos penghantaran juga lebih murah seperti berikut:

Info Saiz berat Harga Flexipack Pos Malaysia

 

Dengan adanya produk terbaru dari Pos Malaysia ini, diharap ianya akan menjimatkan perbelanjaan bukan saja untuk pembeli, tapi juga peniaga online di seluruh Malaysia ini.

(Visited 45 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK