Aug 122017
 

Sinopsis Pelakon Drama Jojie Gigil Slot Dahlia TV3

Bosan di hujung minggu? Apa kata tonton drama terbaru TV3 ini yang bertajuk Jojie Gigil yang akan disiarkan setiap petang hujung minggu.

Sinopsis dan pelakon yang terlibat agak menghiburkan.

Bolehlah berkumpul seisi keluarga di depan TV dan tonton drama terbaru arahan Zul Huzaimy ini.

Berikut adalah sinopsis drama Jojie Gigil ini:

Kak Joyah adalah seorang balu yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Jojie. Jojie melanjutkan pelajaran ke kolej tetapi sering dibuli oleh pelajar lain kerana penampilannya yang pelik.

Walau bagaimanapun, Jojie mempunyai deria keenam! Dia akan mula mengigil sebelum sesuatu kejadian berlaku, dan akan cuba membantu apa yang dia boleh untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Apakah kehidupan dan halangan yang bakal ditempuhi Jojie sepanjang berada di kolej tersebut? Saksikan kesudahannya di slot Dahlia TV3 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.58 petang.

Antara barisan pelakon drama Jojie Gigil ini ialah:

  • Ben Amir sebagai Adam
  • Elvina Mohamad sebagai Jojie
  • Raja Azura sebagai Kak Joyah
  • Syaffiq Sahli sebagai Jamil
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Jorna
  • Zaidi Omar sebagai Dato’ Shaari
  • Chomel Farhana sebagai Onie
  • Ross Hassan sebagai Sam
  • Muhd Izwan Mat Tarmizi sebagai Azman
  • Leyla Krisya sebagai Rohana
  • Fana Azizan sebagai Rina
  • Adik Durerra Mitilda sebagai Manis
  • Adik Indah Emeerlda sebagai Tara

Berikut adalah antara video lagu-lagu OST bagi drama Jojie Gigil ni:

 

1. Cahaya nyanyian Eyaza Bahra

 

 

2. Iya Iya nyanyian Eleena Harris

 

 

3. Jangan Kejutkan Aku nyanyian Azren Albakri

 

 

Semoga terhibur!

(Visited 6,122 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK