Aug 122017
 

Resepi Murtabak Maggi Mudah dan Sedap

Bagi bujang dan pelajar universiti, maggi sup sememangnya menjadi pilihan dikala perut lapar.

Jika sudah muak, bolehlah pula mencuba resepi murtabak maggi yang mudah dan sedap ini.

Cara penyediaannya juga agak ringkas seperti memasak maggi sup.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • Mi segera sebungkus
  • Telur 2 biji

Cara penyediaan:

  1. Masak sebungkus mi maggi dalam air rebusan selama dua minit dan toskan airnya.
  2. Pecahkan dua biji telur dalam mangkuk dan gaul rata bersama serbuk perencah maggi tadi.Resepi Murtabak Maggi Mudah dan Sedap
  3. Masukkan maggi yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk berisi telur tersebut dan gaul rata.
  4. Panaskan kuali dan goreng maggi tersebut sehingga masak di kedua-dua belah bahagian.Resepi Murtabak Maggi Mudah dan Sedap
  5. Siap dihidangkan bersama sos cili jika suka.

Selamat mencuba!

(Visited 156 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK