Aug 282017
 

Selain kemeriahan Sukan SEA KL2017, nampaknya lagi beberapa hari negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 60 tahun.

Dengan hampirnya tarikh 31 Ogos 2017 ini, maka semakin bersemangatlah kita sebagai anak Malaysia untuk melaungkan satu perkataan keramat yang amat bersejarah bagi kita.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Kenapa saya bangga menjadi anak Malaysia?

Ada beberapa sebab saya berbangga dan bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia antaranya:

1. NIKMAT KEAMANAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA

Jika dibandingkan dengan banyak negara lain, negara kita masih lagi aman dan selamat untuk menjalani kehidupan seharian. Bekalan ilmu pula sangat mudah dan selamat diperolehi. Apatah lagi bekalan makanan serta rezeki pendapatan untuk kehidupan seharian boleh dicari tanpa apa-apa halangan atau kekurangan.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Merdeka selepas bertahun-tahun memerangi assignment dan exam.

Inilah sebenarnya nilai kebebasan dan kemerdekaan yang tersangatlah besar bagi saya dan juga seluruh rakyat Malaysia. Peluang untuk memajukan diri dan kehidupan.

Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia menghargai setiap detik dan peluang kemerdekaan ini dengan menjaga tatasusila dan akhlak disamping membina jati diri serta sahsiah kelas pertama.

Syukur.

2. KEPELBAGAIAN AGAMA, KAUM DAN SELERA

Dengan wujudnya pelbagai agama dan kaum di Malaysia ini, masing-masing boleh berkongsi dan memperluaskan lagi kefahaman tentang kepelbagaian budaya disamping menghormati cara hidup masing-masing.

Bukan itu sahaja, pertemuan budaya di setiap pelusuk Malaysia juga akan membawa kepada kepelbagaian makanan yang mampu memenuhi citarasa setiap rakyat Malaysia. Dari nasi lemak, roti canai, cakoi, roti john, ayam penyet, bakso sehinggalah ke tomyam serta beratus-ratus jenis kuih-muih, semuanya ada di Malaysia ini.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Syurga makanan. Fuhhh!

Bahkan ada juga yang menganggap Malaysia adalah syurga makanan kerana terdapatnya beribu jenis makanan yang boleh dinikmati di sini. Sebab itulah pelancong dari luar negara yang pernah datang ke Malaysia kebanyakannya pasti akan merindui makanan di Malaysia.

Dan jika ada rakyat Malaysia yang ke luar negara, selera mereka pasti tetap ‘setia’ dengan makanan di Malaysia.

Termasuklah saya sendiri.

3. BANYAK DESTINASI MENARIK

Selain syurga makanan, Malaysia juga boleh dikatakan syurga percutian. Ini kerana setiap negeri yang terdapat di Malaysia ini mempunyai lebih dari 1 destinasi menarik untuk dilawati. Dan setiap destinasi ini pasti menyajikan pengalaman menarik, suasana dan pemandangan yang indah di samping makanannya yang unik dan istimewa.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Di mana lagi anda nak dapatkan semua ini?

Only in Malaysia!

4. TEKNOLOGI PESAT MEMBANGUN

Jika dibandingkan 10 tahun lepas, Malaysia pada hari ini sangatlah maju dari segi teknologi. Bidang pekerjaan melalui atas talian juga semakin meluas bertambah seperti cendawan selepas hujan.

Setiap urusan yang dulunya perlu keluar dari rumah, kini juga sudah boleh dilakukan hanya melalui hujung jari. Dari aktiviti membaca berita, mendapatkan ilmu, membayar bil sehinggalah membeli barang dan lain-lain lagi, kini boleh diselesaikan melalui komputer, telefon pintar atau pun tablet.

Teknologi yang pesat membangun ini boleh dikatakan seiring dengan makna kemerdekaan yang mana setiap aktiviti tidak lagi terbatas atau membebankan kita malah membuatkan kita lebih senang dan pantas dalam melakukan sesuatu tugasan serta mengejar impian masing-masing.

Canggih, bukan?

 

KECANGGIHAN LAZADA

Dan salah satu kecanggihan tersebut kini diterajui oleh Lazada iaitu pusat beli belah atas talian terkemuka di Malaysia. Dengan Lazada, barangan yang diinginkan boleh dibeli di hujung jari sahaja tanpa perlu berpenat lelah memandu dan mencari barangan tersebut di kedai atau pasaraya berdekatan.

Harga yang ditawarkan juga agak menjimatkan dengan pelbagai promosi serta diskaun setiap bulan.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

*Klik banner untuk ke laman promosi.*

Untuk bulan kemerdekaan ini, Lazada tidak melepaskan peluang meraikan kemeriahan merdeka dengan mengadakan promosi Merdeka! Merdeka! Sale dengan diskaun istimewa sehingga 80%.

Jualan ‘Flash Sale‘ juga ada yang mana menawarkan harga runtuh untuk pelbagai barangan terpilih dan senarai barangan tersebut dikemaskini setiap dua jam dari jam 10 pagi hingga 8 malam pada setiap hari.

Bukan itu saja, sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, Lazada kini memperkenalkan Mystery Box. Ianya mengandungi pelbagai barangan mengikut jenama yang terpilih dengan tawaran harga hanya RM 60 sahaja. Contohnya seperti berikut:

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Dan banyak lagi tawaran menarik lain dan ianya hanya terdapat di laman promosi Merdeka! Merdeka! Sale Lazada.

Menarik, bukan?

 

MADE IN MALAYSIA

Bagi menaikkan semangat kemerdekaan dan memahami erti kebebasan sebenar pada bulan ini, semestinya saya akan memilih untuk membeli produk dari jenama tempatan.

Salah satu jenama pilihan terbaik saya adalah

PENSONIC.

Walaupun kedengaran seperti jenama dari Jepun, siapa sangka jenama yang popular di seluruh dunia ini sebenarnya adalah dari Malaysia.

Anda fikir Pensonic ini jenama yang biasa-biasa saja? Nah tengoklah siapa yang menjadi duta produk mereka. Bukan calang-calang orangnya.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Dato’ Chef Haji Ismail dan Amber Chia.

Barangan keluaran Pensonic ini sememangnya berkualiti tinggi dan yang pasti ianya berbaloi untuk dimiliki. Dari produk di dapur sehinggalah produk audio visual, semuanya ada untuk memenuhi permintaan anda.

Antara barangan yang menarik perhatian saya adalah  Pensonic Nutri-Blender PNB-1 ini.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Lihat saja luarannya. Ianya bagaikan sebuah komputer yang dimuatkan ke dalam sebuah pengisar elektrik.

Fungsinya bukan saja pintar, malah mampu membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat dan bertenaga untuk memajukan Malaysia serta mengharumkan nama negara di mata dunia.

Dengan putaran motor sehingga 38,000 rpm, ianya bukan saja berkuasa tinggi malah menjimatkan tenaga serta tahan lebih lama.

Dengan pengisar bijak ini, tiada lagi pengisar lain mampu menjadi peganti kepada pengisar ini.

Inilah erti kebebasan yang diaplikasikan kedalam produk sepertimana yang kita inginkan.

Terbaik, bukan?

 

Lagi satu barangan Pensonic yang berkualiti dan berinovasi tinggi ialah Pensonic Air Conditioner ini.

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

Ianya bersaiz kecil, mudah alih dan bukannya seperti pendingin hawa yang selalu kita lihat melekat di dinding rumah mahupun di pejabat.

Tidak pula memerlukan pemasangan kasar, hanya ‘plug and play‘ sahaja dan ruangan bilik atau pejabat anda terus menjadi sejuk seperti di kutub utara dan kutub selatan.

Inilah hasil inovasi dan kajian jurutera terbaik di Pensonic untuk menghasilkan pendingin hawa yang bersaiz kompak dan mudah di bawa ke mana saja.

Inilah erti kebebasan yang sebenar-benarnya.

Canggih, kan?

 

Menghampiri tarikh 31 Ogos ini, sama-samalah kita muhasabah diri kembali dan fikirkan bagaimana untuk mengaplikasikan erti sebenar kemerdekaan ke dalam kehidupan mahupun produk yang kita miliki.

Adalah lebih baik kita jadikan kemerdekaan negara kita sebagai inspirasi dan pemangkin semangat untuk lebih maju dalam hidup.

Sama-samalah kita berusaha agar Malaysia mampu menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan saja di Asia malah di mata dunia.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-60 BUAT MALAYSIA!

Raikan Merdeka 2017 Dengan Lazada

(Visited 36 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK