Aug 162017
 

MEMPERKENALKAN..

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

TAHNIAH!! ANDA KINI MEMASUKI FASA PERTAMA UNTUK BERTUKAR MENJADI LEBIH COOL. TERUSKAN MEMBACA!

Adakah anda tak segak dan tak cool?

Jangan risau, kini anda boleh jadi tak segak TAPI cool dengan adanya CoolBlog!

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

KENAPA COOLBLOG?

Sebab jika Coolblog boleh bercakap, pasti ianya akan berkata “Ke tepi, ke tepi! Akulah rahsianya yang buat Terminator sentiasa cool walaupun beliau masuk ke dalam lautan api” seperti gambar pertama di atas.

Cool, bukan?

Untuk pengetahuan anda, CoolBlog ini bukanlah ais biasa yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berdekatan atau gerai tepi jalan. Tapi ianya eksklusif dan hanya boleh didapati di cawangan premis mereka di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Sebab itulah kualiti serta rasanya sentiasa terjamin dan berada dalam tahap yang terbaik untuk setiap hidangannya kepada pelanggan.

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

Lejen tak lejen, jenama CoolBlog ni juga dah lama ‘menyejukkan’ rakyat Malaysia serta Singapura sejak tahun 2005 dan sehingga ke hari ini, terdapat lebih kurang 25 jenis perisa dan 300 pilihan produk mereka yang terdiri dari minuman dan pencuci mulut.

Serius, 300 pilihan?? Patut la admin pun tak habis khatam lagi semuanya. Fuhh!!

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

pix: faizu.devianart.com

Admin pun tak terlepas dari terkena penangan demam selesema CoolBlog ni sejak dari awal lagi. Ada admin kongsikan tentang CoolBlog ini tahun 2010 dahulu.

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

#throwback Oreo CoolBlog dari tahun 2010.

Dengan kesejukan aisnya, kemanisan oreonya, kekenyalan black pearl yang sempurna dan adunan perisa terbaik seperti pisang, blue berry, kopi dan lain-lain… fuhhh… memang nikmat level over 9000. Rasanya bagaikan memasuki satu alam yang baru dan lebih indah.

 

Sebab lain CoolBlog mampu menjadikan anda lebih cool:

Kalau tak cool, bukan ais lah namanya.

Ye betul apa yang anda baca. CoolBlog menggunakan 100% ais original yang sejuk menggigil dan bukannya ais copy ori mahupun gred AAA atau dari bahan plastik yang digunakan untuk membuat beras tiruan atau sayur tiruan yang viral baru-baru ini.

Ais yang digunakan telah disejukbeku dengan sempurna pada suhu mencecah 0 darjah celcius.

Jika tidak mencecah suhu 0 darjah celcius, itu bukan ais tapi air namanya.

Cool, kan?

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

 

Disediakan segar dari ladang

Katakan anda memesan pilihan CoolBlog anda, dalam masa 0.0025 saat, pelayan akan terus mula menyiapkan pesanan anda.

Ianya bukan stok sedia ada atau dibancuh awal-awal, tapi ianya disediakan serta-merta dan segar sebaik saja pesanan diterima.

Nampak kesegarannya di situ?

Cool, kan?

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

*Gambar mimpi semata-mata.

 

Penyediaan pesanan yang pantas.

Kami ulang sekali lagi, dalam masa 0.0025 saat selepas pesanan diambil, pelayan akan terus mula menyiapkan pesanan anda.

Dengan kecekapan pekerja yang telah dilatih secukupnya, masa untuk menyiapkan satu pesanan menjadi pantas dan tidak perlu menunggu lama.

Pengalamannya sama seperti memandu kenderaan Formula 1 menuju ke pit stop.

Cool, kan?

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

Psstt.. Kalau rasa agak lama tu mesti sebab masa terhenti bila staf dia peramah dan asyik senyum je. lol..

 

Pelbagai pilihan rasa untuk semua.

CoolBlog tak rasis! CoolBlog adalah lambang penyatuan seluruh rakyat di muka bumi ini.

Sebab apa? Sebab semua perisa ada disediakan untuk memenuhi selera seluruh lapisan masyarakat mahupun alien-alien yang menyamar menjadi manusia di muka bumi ini.

Suka coklat? Coolblog ada. Suka kopi, Coolblog ada. Suka Oreo, Coolblog ada. Suka buah, pun Coolblog ada.

Anda boleh gabungkan rasa yang anda suka dengan gabungan 3 langkah pesanan ni:

  • Bahan asas (base) seperti oreo blog, smoothies, milk shake, juice dan lain-lain lagi
  • Perasa juga agak banyak seperti banana, peach, strawberry, red bean dan lain-lain lagi
  • Topping juga ada seperti black pearl, rainbow jelly, blue coral dan lain-lain lagi.

Untuk pilihan yang lengkap, boleh rujuk laman CoolBlog ni.

Cool, kan?

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

*AWAS! Perbuatan anda menikmati Coolblog di khalayak ramai pasti membuatkan mereka terliur lalu berkata “Woww makan Coolblog tak ajak. Payung la sikit!”

 

Harga yang berpatutan

Dengan harga yang menjimatkan bermula dari RM 2.20, mana lagi nak dapat ice blended yang ada ciri-ciri 5S iaitu sejuk, sedap, selazat, semua ada dan sejimat ni. Ehh?!

Disebabkan favourite admin dari tahun 2010 adalah Oreo Coolblog, sempatlah admin merasa Oreo Smoothies Banana Choc yang terbaru ni. Topping black pearl hanya tambah 80 sen je. Fuhhh memang terbaik rasanya! Terus segar badan admin lepas minum.

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

Such price, many flavours, much wow!

Cool, kan?

Pssttt… Bagi yang belum tahu, baru-baru ini Coolblog telah memperkenalkan dua rasa baru yang menyegarkan untuk siri Oreo Smoothies iaitu Minty Choc dan Banana Choc. Rugi siapa yang belum rasa lagi. Cepat-cepat terjah sebelum kehabisan stok!

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

 

“Sharing is cool”

Apa guna hidup jika tak berkongsi. Sebab tu orang yang berkongsi Coolblog mereka akan menjadi lebih cool apatah lagi kalau belanja terus.

Bayangkan bila anda berkongsi atau belanja CoolBlog seraya berkata “Jangan cakap abang/sis tak payung!”, kedengaran cool, bukan?

Memang cool!

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

Ini serius!

 

Pengubat stress kuasa dua

Ramai yang berkata, coklat mampu hilangkan stress.

Tapi dengan CoolBlog, bukan saja hidup anda jadi tenang dan bebas dari stress, tapi fizikal, mental, rohani dan jasmani anda juga akan lebih cool seperti di kutub utara dan kutub selatan.

Tak percaya? Lihat saja graf berikut:

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

Sumber: copy group sebelah.

Jadi, kalau hari panas, minum je Coolblog.

Kalau hati panas, minum je Coolblog.

Kalau panas punggung, pun minum je Coolblog.

Kalau nak jadi barang panas (hot stuff), minum je Coolblog.

Kalau nak jadi cool, yaaa betul. Minum je Coolblog!

“Ada tiga ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan wanita sekarang ni. Tall, dark and drinks a freezing Coolblog!” kata para wanita sejak tahun 2005.

Sejuk mata memandang, sejuk lagi tekak yang menelan.

Ehh kejap. Lain macam je ayat tu. Apa tajuk artikel ni ntah. Ayat macam dah makin ke laut je. Coolblog dah habis kot sebab tu idea makin kering. Okay cukup. Berhenti sini je.

 


SAYA TAK JAMIN COOLBLOG NI MAMPU JADIKAN ANDA COOL, TAPI SAYA JUGA TAK JAMIN COOLBLOG NI TAK MAMPU JADIKAN ANDA COOL!


Nama saya Fitri dan kalau anda nak jadi cool macam saya, pergilah ke mana-mana cawangan Coolblog dan dapatkan satu mengikut kegemaran anda. Nescaya anda akan selangkah menuju ke puncak yang sentiasa cool walaupun kena harungi lautan api seperti Terminator atau hadapi letupan bom yang power gila macam di bawah ni.

hidup lebih cool dengan coolblog malaysia

Memang edit. Tapi mesejnya sampai, kan? Cool je ;)

*Cool; (n) 1. sejuk 2. tenang 3. control macho.

**Tiada ais yang terancam semasa pembikinan artikel ini.

***Artikel ini dikarang hasil dari imaginasi penulis selepas meminum Coolblog dan untuk penyertaan peraduan dari Coolblog. Enjoy!

Layari laman Coolblog ini untuk permulaan hari yang lebih cool!

(Visited 144 times, 2 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK