Jul 082017
 

Bagi yang belum tahu inilah rupa gaming mouse NRO-5 Starship III dari Armaggeddon untuk edisi 2017 ini.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

dengan warna Sable Soviets (Black Matte)

Melihat dari pandang pertama, ternyata ianya nampak penuh dengan butang-butang tambahan.

Ianya bukanlah gimik semata-mata, tapi semua butang tersebut sememangnya berfungsi betul-betul seperti gaming mouse yang anda inginkan.

Jika sebelum ini, admin pernah menggunakan gaming mouse James Donkey 112 yang mana fungsinya agak asas, tapi dengan Starship III ini, ianya bagaikan ‘senjata lengkap’ untuk turun ke medan perang.

NYAHKOTAK DAN PANDANG PERTAMA

Jika anda mencari-cari produk ini di kedai komputer yang berdekatan, inilah rupa kotaknya yang perlu anda cari.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Bahagian atas dan bawah kotak.

Cantik, bukan?

Selain itu, bahagian depan kotak ini boleh dibuka bagaikan tingkap untuk melihat sendiri rupa tetikus tersebut di dalamnya.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Berikut apa yang anda akan dapat atau apa yang ada di dalam kotak tersebut:

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Tetikus, User Manual dan teflon feet gantian (lapik bawah mouse).

SAIZ

Mengikut panduan yang diberikan, mouse ini dikatakan mempunyai saiz 4 iaitu medium.

Ukuran saiz yang tepat pula adalah 123.2mm untuk panjang dan 82.5mm untuk lebar serta setinggi 42.3mm.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Ianya muat digenggam dalam tangan dan sesuai digunakan oleh pengguna palm grip dan claw grip.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

 

REKABENTUK

Untuk keselesaan maksimum, bentuk mouse ini agak ergonomik yang mana hampir mengikut bentuk genggaman tangan.

Lihat sendiri pandangan hadapan dan belakang mouse ini yang menunjukkan bentuk mouse tersebut yang ergonomik.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Di bahagian kiri mouse juga terdapat juga perehat ibu jari (thumb rest) untuk keselasaan berpanjangan.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Selain itu juga, mouse ini diperbuat dari plastik yang dikemaskan dengan lapisan getah untuk lebih keselesaan dan cengkaman berterusan di seluruh bahagian mouse tersebut.

Suis pada setiap klik juga dinyatakan adalah suis OMRON dari jepun yang berkualiti tinggi.

Kabel mouse ini pula mendapat kemasan fabrik nilon untuk lebih ketahan serta kurang serabut.

Bahagian bawah mouse ini juga mendapat kemasan terbaik dengan lapik kaki yang dipasang di sekeliling mouse.

Lokasi laser juga berada di tengah-tengah mouse untuk memberikan lebih ketepatan ketika menggerakkan mouse.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Jika mouse-mouse ini dianggap seperti kenderaan, bolehlah dikatakan bahawa Starship III ini umpama sebuah kereta sport yang mempunyai ‘curve’ dan rekabentuk terbaik untuk keselesaan penggunanya.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Gigabyte Eco 500, Armaggeddon Starship III dan James Donkey 112.

 

CIRI-CIRI (UNIK)

Ada beberapa ciri-ciri unik yang anda perlu tahu tentang mouse ni. Antaranya:

9 butang program boleh ubah

Jika anda melihat pada bahagian kiri mouse, terdapat 5 butang bernombor. Ia sebenarnya berfungsi sama seperti kekunci nombor di atas papan kekunci bermula dari nombor 1 hingga 5.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Ianya penting di dalam permainan menembak untuk memudahkan pemain menukar senjata mengikut pilihan sendiri dengan cepat hanya dari mouse sahaja.

Software untuk memprogram setiap butang di mouse ini juga boleh digunakan untuk memperbanyakkan lagi fungsi makro butang-butang tersebut dengan mencapai sehingga 12 fungsi makro kesemuanya. Kawalan lampu pancaran RGB juga boleh dilakukan melalui software tersebut.

LIHAT JUGA:  (Unboxing) Box Of Joy Dari Lazada Malaysia

**Tiada CD disertakan walaupun dalam buku manual ada dinyatakan cara instalasi melalui CD. KLIK SINI untuk download driver tersebut. (Windows sahaja)

Lain-lain butang adalah butang klik kiri dan kanan, serta scroll wheel dengan 2 fungsi klik senget (tilt-click).

 

Butang 7 pilihan CPI Segera 

Selain itu, terdapat juga butang kawalan CPI di atas mouse tersebut. Ianya untuk menukarkan jumlah CPI dengan serta-merta mengikut kehendak pengguna. Terdapat 7 pilihan CPI iaitu 500, 1000, 2000, 3000, 6000, 8000 dan 10000.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

Penunjuk CPI di bahagian kiri mouse pula akan menyala mengikut jumlah yang ditetapkan.

 

Berat boleh ubah

Berat mouse ini pula boleh diubah mengikut kehendak anda. Ianya bergantung kepada jumlah kepingan pemberat yang terdapat dalam mouse tersebut. Terdapat 6 kepingan pemberat semuanya dengan setiap satu kepingan seberat 4 gram.

Untuk membuka ruang simpanan pemberat tersebut, anda hanya perlu menarik suis yang terdapat di bahagian bawah mouse ini. Selepas itu, tarik saja laci yang terdapat di bahagian kanan mouse tersebut.

Ulasan NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse

 

Lampu RGB boleh diprogram

Selain itu, ianya juga dilengkapi 16.8 juta warna RGB yang dipancarkan dari dalam mouse ini dan akan bertukar-tukar warna mengikut keadaan. Fungsi ini juga boleh diubah melalui software yang ditawarkan.

 

Spesifikasi lain

  • pengubah setting CPI melalui software instalasi untuk kenaikan sebanyak 100 CPI
  • Kabel USB sepanjang 1.8 meter (dengan kepala bersalut emas)
  • High performance track speed up to 100 inches per second
  • sensor: PMW3325 (2017)
  • Acceleration: 20G
  • Frame Rate: 65000 FPS

 

SASARAN PENGGUNA

Siapa yang sesuai menggunakan mouse ini?

Terdapat beberapa jenis player yang sesuai menggunakan mouse ini antaranya:

  • first person shooter (FPS)
  • Multiplayer Online Battle Arena (MOBA)
  • Real Time Strategy (RTS)
  • Sports
  • Combat
  • Action

Apapun, mouse ini hanya sesuai untuk pengguna Windows untuk mendapatkan pembolehubah fungsi sepenuhnya.

Untuk pengguna MacOS, meraka hanya terhad menggunakan fungsi CPI boleh ubah sehingga 10000 CPI sahaja. Lampu RGB pula akan menyaIa dengan nyalaan ‘pernafasan’ biasa. Ini kerana tiada software instalasi untuk MacOS bagi mengubah fungsi lampu RGB dan fungsi makro 9 butang mouse tersebut.

 

HARGA

Berikut adalah harga semasa yang dijual di Lazada:

Dijual pada harga RM 129 di Lazada, harga yang ditawarkan agak berbaloi dengan spesifikasi dan fungsi yang ada pada mouse ini. Dengan harga yang sama, anda bukan sahaja mendapat fungsi asas seperti gaming mouse berjenama yang lain, tapi juga fungsi pemberat, CPI tertinggi serta butang bernombor di bahagian tepi mouse.

 

Bukan itu sahaja, Armaggeddon turut memberikan hadiah percuma berupa sebuah mouse mat dan joystick dengan setiap pembelian NRO-5 Starship III Armaggeddon 2017 Edition Gaming Mouse ini. Klik sahaja banner di atas untuk maklumat lanjut!

Miliki sekarang sebelum terlambat!

(Visited 61 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK