Jul 022017
 

Ulasan James Donkey 112 Gaming Mouse

Untuk pengetahuan, James Donkey adalah jenama yang berasal dari negara China. Namun begitu mereka sudah mampu mendapat anugerah Red Dot Design Award melalui produk keluaran mereka.

Berbalik pada James Donkey 112 gaming mouse ini, ianya sudah memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dulu melalui penjualan di Lazada. Dengan prestasi dan harganya yang menjimatkan dalam kategori gaming, sudah pasti penjualannya agak memberansangkan.

Boleh tengok gambar pandang pertama dan nyahkotak James Donkey 112 gaming mouse ini yang kami kongsikan pada entri yang lepas

APA YANG MENARIKNYA MOUSE INI?

Terdapat beberapa kelebihan yang membuatkan tetikus ini bukan sekadar tetikus biasa. Ianya mungkin boleh dikatakan antara tetikus asas yang terbaik untuk dijadikan mouse gaming.

 

DPI TINGGI

Terdapat 3 pilihan DPI yang tinggi sesuai untuk gamer iaitu 1000, 1600 dan 2000 dpi.

 

Ulasan James Donkey 112 Gaming Mouse

Dengan butang pengubah DPI ‘on-the-go’, anda boleh mengubah tahap DPI secara terus tanpa perlu menggunakan sebarang software di komputer.

Sepanjang admin menggunakan mouse ini, memang bilangan DPI yang tinggi ini agak memudahkan gerakan cursor lebih-lebih lagi dengan penggunaan saiz screen monitor yang agak besar dengan format Full HD atau 4K.

 

BUTANG

Terdapat 5 butang kesemuanya; butang klik kiri dan kanan, roda scroll dan 2 butang tambahan (back & forward) di bahagian kiri mouse tersebut. Agak mudah juga untuk ibu jari mencapai dan menekan butang tambahan tersebut.

Ulasan James Donkey 112 Gaming Mouse

Roda scroll juga agak lancar berpusing namun ianya tidak mempunyai fungsi tilt atau klik mencondong ke kiri dan kanan. Ianya hanya mempunyai fungsi scroll dan klik biasa.

Tak lupa juga butang untuk mengubah bilangan DPI secara pantas terdapat di bahagian atas mouse tersebut.

Agak mengecewakan kerana butang back dan forward tersebut tidak berfungsi untuk pengguna MacOS atau untuk komputer dari Apple.

 

SAIZ

Untuk pengetahuan anda, saiz mouse ini boleh dikategorikan sebagai besar (medium) mengikut standard gaming mouse.

Ulasan James Donkey 112 Gaming Mouse

Saiznya lebih besar dari mouse kompak membuatkan ianya muat dan selesa berada di dalam genggaman tangan anda.

LIHAT JUGA:  Dear Staff TMnet Streamyx Melaka Yang 'Rajin'

Mouse ini memang sesuai untuk pengguna ‘claw grip’ dan ‘palm grip’.

 

MESRA TANGAN

Untuk memberikan lebih cengkaman, terdapat lapisan getah di bahagian tepi mouse tersebut supaya jari tidak mudah terseret atau hilang cengkaman.

Ulasan James Donkey 112 Gaming Mouse

Roda scroll juga agak mudah dipusingkan serta senang ditekan.

Butang forward dan backward ditepinya juga mudah dicapai ibu jari.

 

PILIHAN WARNA DAN SAMBUNGAN

Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam dan putih. Warna putih agak menonjol bagi penggemar minimalis atau untuk komputer Mac.

Selain itu, terdapat juga dua pilihan sambungan sama ada sambungan wayar atau tanpa wayar.

Jika anda seorang yang minimalis dan inginkan meja kerja yang kemas tanpa serabut wayar, bolehlah memilih versi tanpa wayar.

Ulasan James Donkey 112 Gaming Mouse

 

Selain itu, terdapat juga lampu dalaman berwarna kuning untuk memberikan kesan cahay yang garang dan menarik. Namun ianya hanyalah lampu LED tunggal yang biasa tanpa fungsi “breathing light”.

Ianya boleh dinyala atau dipadamkan dengan suis yang terdapat di bahagian bawah mouse ini.

Ulasan James Donkey 112 Gaming Mouse

 

HARGA

Cuba teka berapa harga sebenar gaming mouse ini. Lebih dari RM100? RM90 atau RM80?

Jangan terkejut kerana harga yang dijual di Lazada bukanlah seperti tekaan di atas.

Untuk versi wired, ianya hanyalah berharga sekitar RM 39 dan ke atas (mengikut penjual).

Manakala versi wireless juga dijual dengan harga bermula RM 39.

Memang murah dan menjimatkan.

KESIMPULANNYA

Walaupun James Donkey 112 ini dikategorikan sebagai gaming mouse, namun ianya juga sesuai digunakan oleh pengguna biasa.

Ianya selesa di dalam genggaman. Butang forward dan backward agak memudahkan pelayaran web anda bagi pengguna Windows.

DPI yang tinggi juga sesuai untuk pengguna screen monitor yang besar.

Dengan harganya yang kurang dari RM50, ianya boleh menjadi pilihan yang berbaloi untuk dimiliki.

(Visited 43 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK