Jul 222017
 

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Dengan terkenalnya sukan e-sports, maka banyak juga produk gaming yang diperkenalkan di pasaran.

Jenama Aula turut memperkenalkan mechanical gaming keyboard mereka dengan nombor pengenalan F2012.

Apakah yang menariknya Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard ini?

Jika anda berminat untuk membeli produk ini di kedai kompuer berdekatan, berikut adalah rupa kotak keyboard ini:

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Dan inilah apa yang anda akan dapat dalam kotak tersebut.

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Keyboard, penarik kekunci, buku manual dan kad waranti.

 

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Disertakan juga pengikat kabel.

 

ULASAN

Setelah beberapa hari admin menggunakannya, terdapat beberapa kelebihan yang dimiliki oleh keyboard ini antaranya:

Blue Switch

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Papan kekunci dengan suis biru (blue switch) agak terkenal kerana kebolehannya ‘menembak’ walaupun kekunci belum ditekan habis. Ianya terbaik jika anda banyak menaip atau sedang dalam permainan untuk memastikan ketepatan dalam menekan sesuatu kekunci.

Selain itu, tekanan ke atas jari juga agak rendah menjadikan papan kekunci dengan suis biru ini agak selesa digunakan bagi kebanyakan pengguna yang banyak menaip atau bermain game.

 

Multicolor backlit

Dengan adanya cahaya dari multicolor backlit ini, penggunaanya dalam keadaan yang kurang cahaya atau gelap menjadi lebih mudah.

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Terdapat banyak mod pencahayaan keyboard ini yang boleh dipilih antaranya breathing, horizontal wave, snake runner, ripple dan lain-lain lagi.

Bagi admin, cukuplah sekadar pencahayaan biasa yang menyala berterusan. Senang nak menaip dalam gelap.

Selain itu, keyboard ini akan berhenti bercahaya jika tidak digunakan selepas 10 minit.

 

Windows Key lock

Hanya tekan butang Fn+windows maka butang Windows tersebut akan terpadam menandakan ianya tidak berfungsi.

Fungsi ni agak berguna bagi mengelakkan pengguna tertekan butang Windows yang mana menyebabkan paparan windows muncul semasa anda sedang rancak bermain game.

 

Saiz yang kompak

Disebabkan ianya hanya mempunyai 82 kekunci sahaja, jadi saiz keyboard ini agak kecil dari keyboard standard yang dilengkapi dengan kekunci bernombor di sebelah kanan keyboard.

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Ianya mudah juga untuk dibawa ke mana-mana lebih-lebih lagi jika anda mempunyai tournament di luar.

Berikut adalah ukuran saiz sebenar keyboard ini:

Panjang: 36cm

Lebar: 13cm

 

Ketahanan Tinggi

Mechanical keyboard sememang dicipta untuk ketahanan yang tinggi. Namun begitu, Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard ini dipertingkatkan lagi ketahanannya dengan penggunaan papan panel dari bahan besi.

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Rapoo v500 vs Aula F2012.

Kemasan di bahagian tepi juga agak ekslusif dengan kilatan krom. Ianya berbeza dari kebanyakan papan kekunci mekanikal lain yang mana menggunakan plastik keras sebagai panel.

Ulasan Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Bahagian belakang juga mempunyai kaki untuk menambahkan tinggi keyboard tersebut.

 

Kekurangan

Seperti gaming keyboard lain yang menggunakan blue switch, bunyi setiap tekanan kekunci agak bising. Agak mengganggu (orang lain) jika anda berada sebilik dengan rakan anda, di pejabat, perpustakaan atau ada bayi yang sedang tidur di rumah anda.

Jika inginkan papan kekunci yang senyap, cari saja papan kekunci dengan suis warna merah, coklat atau hitam. Namun harus diingatkan bahawa, pengalaman menggunakan suis tersebut adalah berbeza mengikut warna.

 

KESIMPULAN

Jika bajet anda tidak mengizinkan untuk membeli mekanikal keyboard yang sebenar seperti CM Storm QuickFire XT atau Razer BlackWidow Ultimate 2016, boleh saja miliki Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard ini kerana pengalaman menggunakannya hampir sama dari segi ‘tembakan’ dan fungsinya walaupun suisnya bukanlah dari Cherry MX.

Dengan tambahan fungsi multicolor backlit dan Windows key lock boleh dikatakan agak berbaloi untuk memilikinya.

 

(Visited 51 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK