Jul 202017
 

Sinopsis Pelakon Filem Kau Yang Satu

Nampaknya filem Kau Yang Satu yang bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Julai ini dijangka meletup dengan adanya barisan pelakon terkemuka serta sinopsis jalan cerita yang mantap!

Ianya adalah sebuah filem arahan Osman Ali yang diadaptasi dari sebuah novel popular karya Nia Azalea.

Sinopsis Pelakon Filem Kau Yang Satu

Muka depan novel tersebut.

Bagi yang pernah membaca novel ini pastinya tertunggu-tunggu adaptasi filem yang bakal menggandingkan beberapa artis terbaik tempatan untuk membawakan watak-watak kegemaran mereka.

Bagi yang belum tahu, berikut adalah sinopsis jalan cerita filem Kau Yang Satu tersebut:

Mengisahkan pergolakan cinta tiga segi yang bermula apabila bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.

Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka.

Apabila hati dan cinta tidak sehaluan, kemanakah hala tuju hati? Saksikan kesudahan kisah mereka di pawagam berdekatan bermula 27 Julai ini.

Antara senarai pelakon yang terlibat dalam filem Kau Yang Satu ini ialah:

  • Aaron Aziz sebagai Taufik
  • Izara Aishah sebagai Salina
  • Hisyam Hamid sebagai Zulkifli
  • Soo Wincci sebagai Isabella
  • Amyra Rosli sebagai Normah
  • Zaidi Omar
  • Wan Hanafi Su

 

Tonton video trailer filem ini di bawah:

 

Juga dengarkan lagu OST filem Kau Yang Satu nyanyian Indah Ruhaila ini di bawah. Sedap juga lagunya!

 

Sinopsis Pelakon Filem Kau Yang Satu

Poster awal yang dikongsikan di fan page Astro.

Semoga terhibur!

(Visited 4,355 times, 10 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK