Jul 162017
 

Info Apa Makna ACG Pada Logo Barangan Nike

Sekarang ni ramai yang meminati jenama Nike sebagai pilihan pakaian mereka

Ini kerana kualitinya yang bermutu tinggi, selesa dan tahan lasak.

Terdapat juga produk Nike yang mempunyai logo bertulis huruf ACG di tag pakaian dan barangan sukan mereka.

Namun, tahukah anda apa makna ACG yang terdapat pada kebanyakan produk Nike?

Untuk pengetahuan semua, ACG adalah singkatan perkataaan All Conditions Gear.

Lihat definisi yang mereka berikan sendiri pada produk mereka:

Info Apa Makna ACG Pada Logo Barangan Nike

“ACG MEANS ALL CONDITIONS GEAR AND ALL CONDITIONS MEANS ALL CONDITIONS”

Ini bermakna ianya sesuai untuk semua jenis keadaan muka bumi dan cuaca.

Jika anda menjumpai baju, seluar, kasut, beg atau apa saja barangan nike yang bertanda ACG ini, tak kisahlah yang baru ataupun di bundle berdekatan, maka cepat-cepatlah sambar kerana ianya berbaloi untuk dimiliki.

Ramai yang menganggap tiga huruf tersebut tidak mempunyai apa-apa makna atau sekadar sub-brand kepada Nike lalu menjual semula dengan harga yang murah.

Jadi, perhati dulu produk tersebut sebelum membeli atau menjual semula.

Semoga bermanfaat!

(Visited 84 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK