Jul 022017
 

2 Apps Ini Selamat Untuk Kanak-Kanak. Ibubapa Perlu Tahu

Kanak-kanak dan gajet memang tak dapat dipisahkan.

Dengan pengawasan yang betul, insyaAllah apa yang dihidangkan kepada mereka tidak dicemari dengan unsur-unsur yang negatif dan buruk seperti bahan pornografi dan lucah apatah lagi aksi kasar dan ganas.

Bagi yang belum tahu, aplikasi untuk menonton video amatlah popular dikalangan kanak-kanak kerana mereka cenderung kepada animasi dan kartun.

Terdapat pula masanya kanak-kanak ini disuruh menyiapkan kerja dengan mencari bahan-bahan bergambar di internet.

Disini terdapat dua aplikasi yang mana akan memberikan hasil carian yang bersih dari ‘anasir-anasir jahat’ tadi.

 

1. Apps Youtube Kids (iOS | android)

2 Apps Ini Selamat Untuk Kanak-Kanak. Ibubapa Perlu Tahu

Sejak viralnya animasi terkenal dunia yang di eksploitasi menjadi bahan separa lucah (soft porn), ramai yang mencari apps yang mampu menapis bahan-bahan tersebut.

Google kemudiannya memperkenalkan apps yang bernama Youtube Kids yang mana ianya akan menapis hasil carian video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak serta video separa lucah.

Hasil carian video juga terhad hanya untuk tontonan kanak-kanak sahaja menjadikan ianya sesuai digunakan oleh seluruh kanak-kanak di dunia.

 

2. Kiddle.co

2 Apps Ini Selamat Untuk Kanak-Kanak. Ibubapa Perlu Tahu

Bagi yang tak tahu kiddle.co berfungsi sama seperti Google search. Namun setiap hasil carian akan ditapis dan dikawal sendiri oleh editor Kiddle dengan bantuan Google Safe Search.

Paparan antaramuka juga agak mesra kanak-kanak dengan huruf lebih tebal dan thumbnail yang lebih besar.

Jika anak anda ingin melakukan carian untuk kegunaan kerja sekolahnya, bolehlah guna Kiddle ini berbanding menggunakan Google search untuk mengelakkan hasil carian yang meluas, negatif dan berunsur tidak mesra kanak-kanak.

 

Apapun, berikut adalah perkongsian seorang pengguna FB tentang dua aplikasi ini:

Musuh Anak-Anak Yang Kita Wajib Tahu!

Kejadian baru-baru ni betul-betul buat saya tersentak! Tengah-tengah malam anak saya yang berumur 3 tahun bangun dan pergi bukak handphone saya!

Rupa-rupanya dia bukak Youtube tapi lebih memeranjatkan saya bila yang keluar adalah kartun separa lucah / soft porn dengan watak Frozen di dalamnya!

Rupanya Youtube ni tak la seselamat yang kebanyakan ibubapa sangkakan. Kalau tak percaya cuba korang taip perkataan Frozen di Youtube dan korang boleh tengok sendiri betapa tak selamatnya Youtube untuk anak-anak kita!

Jadi nasihat saya, delete Youtube sekarang dan gantikan dengan Youtube Kids kalau memang anak-anak korang perlu sangat nak tengok Youtube kan. Cuma sebaiknya kurangkan la. Sekali anak-anak dah ketagih gadjet memang susah nak buang dah sebab otaknya dah terikat dengan dopamine ataupun ‘hormon gembira’ yang memenuhi otak si dia bila tengah main gadjet.

Google pun lagi la tak selamat. Mana tahu ada anak kita nak buat assignment sekolah ke kan dan terpaksa guna internet untuk siapkan assignment tu. Ganti je Google tu dengan Kiddle. Saya dah cuba taip perkataan-perkataan tak elok. InsyaAllah memang tak keluar langsung. Filter Kiddle ni memang terbaik!

p/s : Tolong sebarkan benda ni kat keluarga & kawan-kawan yang lain jugak. Semoga anak-anak mereka juga terselamat daripada fitnah teknologi akhir zaman tanpa sempadan ni.

Credit : Taufiq Razif

Jika anda mempunyai anak-anak kecil yang menggunakan gajet seharian sepeti tablet, smartphone dan lain-lain lagi, bolehlah menggunakan dua aplikasi tersebut.

LIHAT JUGA:  (Info) Apa Fungsi atau Makna Double Tick Biru di Whatsapp?

Semoga bermanfaat!

(Visited 83 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK