Jun 132017
 

Kadar Zakat Fitrah 2017 Ramadan 1438H Seluruh Malaysia

Bagi yang ingin menunaikan zakat fitrah bagi tahun 2017 atau pada bulan Ramadan 1438H ini, bolehlah mula berbuat demikian melalui amil di masjid dan institusi Islam yang berdekatan.

Untuk pengetahuan, Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat dari segi bahasa pula bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.

 

HUKUM ZAKAT FITRAH

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

 

SYARAT- SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

1. Islam dan merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa dan Imsak 2017 - Pulau Pinang

 

SENARAI BAYARAN MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2017

Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan mengikut setiap negeri di seluruh Malaysia:

1. Perlis: RM 7.00

2. Kedah: RM 7.00

3. Pulau Pinang: RM 7.00

4. Perak: RM 7.00

5. Selangor: RM 7.00

6. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan): RM 7.00

7. Negeri Sembilan: RM 6.50

8. Melaka: RM 6.70

9. Johor: RM 7.00

10. Pahang: RM 7.00

11. Terengganu: RM 7.00

12. Kelantan: RM 7.00

13. Sabah: RM 7.00

14. Sarawak: RM 7.00

Semoga bermanfaat!

(Visited 122 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK