May 032017
 

Ulasan Belkin Surge Protector Advanced Series

Pernah tak modem router anda tiba-tiba rosak terbakar dipanah kilat?

Nak beli modem baru di kedai pun sudah memakan kos sehingga lebih RM100.

Kalau beli secara online, sudah pasti harganya lebih murah dalam RM70-90 sahaja. Namun, perlu juga tunggu beberapa hari sebelum ianya tiba di depan rumah anda.

Nak elak kejadian seperti ini berulang? Ada baiknya anda memasang Belkin Surge Protector Advanced Series ini.

Ulasan Belkin Surge Protector Advanced Series

Jenama Belkin sememangnya terkenal dengan peralatan sambungan elektrik kepada komputer dan telefon seperti pengecas, powerbankextension, kabel dan lain-lain lagi. Kualitinya pula amat memuaskan.

KELEBIHAN

Berbalik pada Belkin Surge Protector di atas, apa yang menariknya produk ini ialah ianya mempunyai beberapa kelebihan iaitu:

  • Melindungi peralatan elektrik serta telefon dan modem router dari bahaya kilat
  • Jika peralatan elektrik anda rosak akibat kilat ketika menggunakan produk ini, Belkin akan membayar setimpal nilai barangan anda sehingga mencecah RM8000 bagi rakyat Malaysia.
  • Waranti seumur hidup terhad – penggantian 1 kepada 1 secara percuma jika surge protector yang anda beli rosak akibat kesalahan semasa pemasangan di kilang.
  • Kabel telefon panjang (RJ11) mencecah 1.8 meter juga ada diberikan sekali
LIHAT JUGA:  (Tips) 2 Cara Cegah Modem Dari Rosak Kena Kilat

  • Lengkap dengan soket untuk 1 peralatan elektrik (biasanya untuk modem)
  • Harga yang mampu milik dan berbaloi: RM 69.90 (Lazada)

Sambungan masuk dan keluar untuk kabel telefon di bawahnya.

KESIMPULANNYA

Belkin Surge Protector Advanced Series ini boleh dikatakan agak penting jika rumah anda ada menggunakan modem router. Ianya memberikan perlindungan berterusan untuk modem dan peralatan elektrik anda dari kilat. Perlindungan kewangan dan waranti juga agak memuaskan.

Sememangnya ia berbaloi untuk harga yang anda bayar. Tak rugi memilikinya.

[ BELI SEKARANG DI LAZADA ]

(Visited 97 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK