May 032017
 

Tips 2 Cara Cegah Kerosakan Modem Oleh Kilat

Pada zaman sekarang ini, boleh dikatakan setiap rumah dilengkapi modem router untuk penyambungan internet.

Dan tak mustahil juga setiap kali hujan lebat yang disertai guruh dan kilat, modem router tersebut akan ‘terbakar’ sehingga langsung tidak boleh digunakan.

Agak berat juga untuk membeli modem baru yang boleh mencapai harga sehingga RM100.

PUNCA

Namun, tahukah anda dari manakah renjatan kilat tersebut masuk dan merosakkan modem anda?

Sebenarnya kilat tersebut datangnya melalui kabel telefon anda dan bukannya melalui kabel atau plug elektrik rumah anda.

Untuk pengetahuan, pendawaian dan perkakasan elektrik dalam rumah anda sudah mempunyai beberapa lapisan perlindungan kilat melalui fius elektrik. Ianya terdapat di suis utama mahupun di kepala plug peralatan elektrik anda.

Namun berbeza pula dengan kabel telefon. Ianya adalah sambungan terus ke kabel yang terdapat di tepi jalan dan terus ke pusat kawalan utama. Jika kilat menyambar mana-mana bahagian kabel ini, ianya mampu mengalir terus ke dalam telefon serta modem router dalam rumah anda.

Sebab itulah telefon dan modem router anda mudah terbakar apabila disambar kilat. Dan juga tidak digalakkan menguna telefon rumah semasa berlaku kilat dan guruh

APAKAH CARA UNTUK MENCEGAH KEROSAKAN MODEM OLEH KILAT INI?

Terdapat dua cara iaitu:

CARA PERTAMA

Langkah manual – anda hanya perlu mencabut kabel telefon dari kotak sambungan telefon dan modem setiap kali berlakunya hujan dan kilat.

LIHAT JUGA:  (Ulasan) Belkin Surge Protector Advanced Series

Tips 2 Cara Cegah Modem Dari Rosak Kena Kilat

Langkah ini memang menjimatkan namun mungkin leceh dan kurang berkesan kerana anda tidak berada di rumah 24 jam sehari untuk menjaga modem router anda.

Tak mustahil satu hari nanti modem akan terbakar juga kerana anda berada jauh dari rumah dan tidak mampu mencabut kabel telefon dari kotak sambungannya ketika hari sedang hujan lebat berserta kilat.

 

CARA KEDUA

Untuk lebih efektif dan perlindungan berterusan 24/7/365 dari sambaran kilat, gunakan saja surge protector untuk kabel telefon.

Surge protector berfungsi menghalang kilat dari memasuki kabel yang disambung padanya seperti kabel elektrik dan telefon.

Contoh surge protector yang bagus dan berbaloi adalah Belkin Advanced Series Surge Protector:

cara cegah modem router rosak kilat belkin surge protector

*Miliki sekarang melalui Lazada dengan harga hanya RM 69.90 (free delivery).

Memang terbaik benda ni. Baru saja admin beli sebab hari tu modem terbakar kena kilat semasa admin tiada di rumah. Selalunya time hujan memang off modem dan cabut je kabel telefon tu. Tapi tak bernasib baik pulak hari tu.

KLIK SINI untuk mengetahui apakah fungsi, kelebihan dan ulasan tentang Belkin Advanced Series Surge Protector ini.

Pilihan lain surge protector:

Semoga bermanfaat!

(Visited 198 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK