May 102017
 

Bagi yang belum tahu, inilah James Donkey 112 Wired Gaming Mouse versi warna putih:

Pandang Pertama James Donkey 112 Gaming Mouse

Versi warna hitam juga ada jika anda tak berminat dengan mouse berwarna putih.

Bukan itu je, versi tanpa wayar (wireless) pun ada jika anda tidak suka melihat wayar yang serabut dan mengganggu gerakan mouse anda.

 

James Donkey?

Mungkin ada yang tak pernah mendengar jenama ini.

Dari apa yang admin tahu, James Donkey adalah jenama pengeluar barangan gaming untuk komputer yang berasal dari China. Terdapat beberapa barangan mereka yang mendapat anugerah (Red Dot Design Award) kerana rekabentuk produk mereka yang menarik dan terbaik.

Disebabkan ianya produk yang berasal dari China, maka ini adalah apa yang anda bakal lihat:

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Chinese words..

 

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

More Chinese words..

 

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Lagi more chinese words.

Apa pun tak perlu risau kerana ada terjemahan diberikan di bawahnya.

 

PEMBUNGKUSAN

Kotak gaming mouse ini walaupun nampak simple tapi agak cantik dengan warna kemasan hitam pucat (matte) dan tulisan hitam berkilat (glossy).

Bijak designer dia gabungkan ciri-ciri matte dan glossy untuk hasilkan pembungkusan yang simple tapi cantik.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Bahagian atas kotak.

 

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

 

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Bahagian bawah kotak

 

APA DALAM KOTAK?

Agak menarik apabila kotak dalam ditarik keluar kerana mouse tersebut terletak rapi dan dilindungi dengan satu lapisan plastik lutsinar.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Tiada aksesori tambahan diberikan mahupun buku panduan. Hanya ada mouse sahaja.

 

REKABENTUK

Dengan berpandukan produk gaming mouse mereka yang pernah mendapat anugerah Red Dot Design Award, nampaknya designer mereka ada menerapkan sedikit rekabentuk mouse tersebut ke dalam James Donkey 112 Gaming Mouse ini supaya lebih selesa diguna dan cantik dipandang.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Gabungan warna putih dan kuning.

Terdapat 5 butang kesemuanya; butang klik kanan, klik kiri, scroll wheel, butang back dan butang forward.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Lengkap dengan button back dan forward di bahagian kiri tetikus.

Jika anda perasan, di bahagian tepi kiri dan kanan mouse ini dipasang lapisan getah agar jari mendapat lebih grip dan selesa ketika menggunakannya.

Terdapat beberapa ‘gap’ di sekeliling mouse ini untuk mengeluarkan kesan cahaya berwarna kuning.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Fungsi cahaya ini pula boleh ditutup melalui butang yang terdapat di bahagian bawah mouse ini.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Kepala USB pula direka rapi dengan mengikut warna tema mouse tersebut iaitu putih dan kuning.

Kabel juga berwarna kuning dengan bentuk leper supaya tidak menjadi serabut (anti-tangle). Ianya agak flexible kerana menggunakan balutan plastik getah.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Dengan cop jenama James Donkey.

SAIZ

Dengan bersaiz medium, ianya selesa dan muat-muat berada dalam genggaman tangan.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

James Donkey 112 vs Gigabyte ECO 500.

Oleh sebab itu, ianya memang sesuai untuk pengguna jenis claw grip atau palm grip.

Lokasi butang back dan forward di bahagian tepinya pula mudah dicapai oleh ibu jari.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

 

BELIAN DI LAZADA

Terdapat beberapa seller yang menjual gaming mouse ini.

JM Gaming antara yang agak menarik kerana memberikan ‘random free gift’ dan penghantaran percuma.

Penghantaran pula agak cepat menggunakan khidmat kaurier Skynet dan dibungkus rapi dalam bubble wrap.

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Ohh ‘random free gift‘ yang admin dapat pula adalah cable tie.

Kan bagus kalau bagi mousepad ke, USB hub ke boleh gak guna dengan mouse ni. Apapun bersyukur je..

Pandang Pertama James Donkey 112 wired Gaming Mouse

Random free gift dari seller; cable tie.

Harga yang dijual oleh JM Gaming pada hari ini adalah RM 46.55 lengkap dengan random free gift dan penghantaran percuma.

Bagi yang berminat atau nak ganti mouse baru, bolehlah miliki James Donkey 112 Gaming Mouse ni sekarang.

[ MILIKI SEKARANG MELALUI LAZADA ]

Nantikan ulasan, kelebihan dan kekurangan mouse ini dalam artikel seterusnya..

(Visited 64 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK