May 022017
 

Info Kisah Sebenar Disebalik Gigitan Pada Logo Apple

Tahukah anda, kisah disebalik logo Apple yang mempunyai gigitan pada sisi kanannya?

Pada awal penubuhan Apple Computer, Steve Jobs nampaknya bukanlah peminat tegar logo pertama Apple oleh Ronald Wayne (Rujuk gambar bawah sekali).

Ia menunjukkan Isaac Newton duduk di bawah pokok dengan epal ‘bercahaya’ di atas kepalanya.

Selepas setahun setelah logo pertama tersebut digunakan, Steve menyuruh pereka grafik; Rob Janoff untuk mereka bentuk logo baru yang lebih baik dan ‘segar’. Janoff tampil dengan “gigitan” di logo Apple dan Steve menambah warna pelangi kepadanya.

Info Kisah Sebenar Disebalik Gigitan Pada Logo Apple

Janoff kemudian telah menjelaskan dua sebab mengapa dia menggunakan konsep gigitan epal untuk logo tersebut:

  • Dia tidak mahu orang ramai keliru logo tersebut dengan buah tomato
  • Dia cuba me’rojak’ perkataan ‘bite‘ (gigitan) dan ‘byte‘ (unit untuk saiz memori) untuk memberi rasa ‘geek‘ kepada buah tersebut

 

*LOGO PERTAMA APPLE:

Info Kisah Sebenar Disebalik Gigitan Pada Logo Apple

(Visited 44 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK