May 152017
 

Cuaca panas sekarang ni memang nikmat kalau dapat makan ABC (air batu campur) atau ais kacang.

Salah satu tempat menarik yang terdapat ABC special ini adalah di Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman.

Pengalaman menikmati ABC special di Pantai Merdeka Kedah

Kerana pernah viral beberapa ketika dulu, admin tergerak hati untuk merasai sendiri pengalaman menikmati ABC special tersebut.

Bagi yang ingin ke Pantai Merdeka, anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS menuju ke Kedah dan mengambil exit Sungai Petani (Selatan) bernombor 168.

Kemudian anda akan melalui jalan kampung yang aman dan menghijau di sepanjang perjalanan tersebut yang mana mengambil masa lebih kurang 15 minit dari exit PLUS tadi untuk sampai ke destinasi. (Boleh set maps untuk ke Pantai Merdeka, Kedah dan ikut arahan yang diberikan)

 

PANTAI MERDEKA, KEDAH

Setelah sampai ke destinasi, anda akan mendapati terdapat tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pengunjung.

Terdapat juga padang rumput yang berhampiran sebagai tempat meletak kereta tambahan. Padang rumput ini juga akan menjadi tempat menunggang kuda dan pony (kuda padi) pada sebelah petangnya.

Bayaran menunggang kuda adalah RM10 manakala pony ride pula adalah RM5 (kalau tak silap) masing-masing untuk satu round kawasan padang rumput tersebut.

Ambillah dulu masa untuk bersiar-siar di pesisir pantai tersebut. Jika air surut, dapatlah berjalan di atas pasir. Jika air pasang, boleh sahaja duduk santai di tepi tambak sambil menikmati tiupan angin dan pemandangan laut serta langit yang indah di situ.

Pengalaman menikmati ABC special di Pantai Merdeka Kedah

Psstt.. Pada masa ni, air tengah pasang jadi tak dapatlah admin nak berjalan di atas pasir.

Terdapat juga deretan gerai-gerai yang menjual cenderahati untuk dibawa pulang. Makanan ringan juga ada dijual untuk dinikmati semasa bersantai di tepi pantai.

LIHAT JUGA:  (Video) Keadaan Sebelum Pekerja KFC Serang Pelanggan!

 

ABC SPECIAL

Terdapat beberapa nama lain ABC special ini yang diberikan oleh kedai-kedai di situ, antara ialah ABC Gunung Jerai, ABC Komtar dan lain-lain lagi.

Salah satu kedai makan yang menarik perhatian adalah gerai Kak Cik (nombor 13).

Pengalaman menikmati ABC special di Pantai Merdeka Kedah

Selain ABC, gerai Kak Cik ni juga ada menyediakan makanan bergoreng yang lain dan pelbagai jenis hidangan mee seperti mee udang, mee ketam, mee tulang serta mee sotong. Char kuey teow juga ada katanya. Macam-macam ada.

Apapun, admin sempat menikmati nasi ayam sebagai juadah makan tengah hari. Alhamdulillah..

Pengalaman menikmati ABC special di Pantai Merdeka Kedah

Nasi ayam dan nasi goreng kampung.

Setelah itu, barulah admin menikmati ABC yang diberi gelaran ‘Gunung Jerai’ oleh kedai tersebut.

Inilah rupanya:

Pengalaman menikmati ABC special di Pantai Merdeka Kedah

‘ABC Gunung Jerai’

Ianya adalah ais ‘sagat’ dengan bahan-bahan campuran lain antaranya seperti:

  • cincau
  • kacang, jagung dll
  • susu pekat
  • sirap
  • karamel?
  • ais krim perisa coklat
  • 1 kon ais krim
  • 1 biskut batang coklat

TIPS:

Untuk elak ABC ini dari cepat cair kerana cuaca yang panas, orderlah dulu makanan anda yang lain. Setelah makanan anda hampir habis, barulah order ABC ini untuk membolehkan anda menikmatinya dengan rasa yang sebenar dan segar.

Harganya pula adalah RM6 sahaja. Memang berbaloi dan sedap dinikmati semasa panas terik.

Bagi yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan ingin menenangkan fikiran, bolehlah bercuti dan datang beriadah di Pantai Merdeka, Kedah ini. Selain dapat menikmati pelbagai pilihan makanan yang sedap, banyak juga aktiviti lain yang boleh dilakukan.

Resort berdekatan juga ada jika ingin menginap di sana.

Selamat bercuti.

(Visited 465 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK