Apr 112017
 

Beberapa hari lepas, saya berkesempatan merasai salah satu dua menu baru KFC iaitu Twister Zesty & Spicy dan Twister Cheezy Twist.

Walaupun kedua-duanya kelihatan sama tapi jika dimakan barulah anda akan tahu perbezaan rasa kedua-duanya.

Apakah perbezaannya?

Nampak sama. Kiri: Zesty & Spicy, Kanan: Cheezy Twist

TWISTER ZESTY & SPICY

Jika anda sukakan rasa yang pedas, sudah pasti Twister Zesty & Spicy menjadi pilihan terbaik untuk anda. Dengan gabungan ayam goreng yang pedas dan sedikit rasa masam dari sos krim cili berlimau (creamy chili lime sauce) menjadikan rasanya agak baru dan unik seperti ayam goreng Tom Yam yang pernah KFC hidangkan suatu masa dahulu.

Selain itu, terdapat juga hirisan dadu timun dan tomato serta salad segar

TWISTER CHEEZY TWIST

Bagi yang sudah biasa dengan Zinger burger, rasa Twister Cheezy Twist ini agak menyerupai hidangan burger tersebut. Ianya mempunyai fillet ayam yang penuh dengan sos cheese dan dibalut dengan roti tortila bakar.

Ianya juga mempunyai hirisan dadu timun dan tomato serta salad segar.

 

SAIZ SEBENAR

Untuk saiz pula, ini adalah ukuran pembalut serta ukuran kedua-kedua twister itu sendiri.

Ukuran pembalut sehingga 24 cm.

Dan ini pula ukuran Twister itu sendiri:

LIHAT JUGA:  Mcdonalds Menampilkan Samurai Beef Burger. Terbaik!

Purata panjang twister tersebut boleh dikatakan adalah lebih kurang 18 cm (walaupun isi di dalam tidak melimpah seperti dalam gambar iklan).

Namun ianya agak panjang dan mengenyangkan sebenarnya.

 

SET DOUBLE TWISTER COMBO

Tak tahu nak pilih yang mana satu?

Jangan risau kerana KFC ada menawarkan Set Double Twister Combo.

Set ini mengandungi 1 air gas, 1 kentang goreng dan 2 twister pilihan anda. Boleh pilih sama ada nak dua twister tersebut dengan rasa yang sama atau berbeza.

Kalau nak pilihan yang lebih ringan, boleh saja pilih set combo biasa atau ala-carte.

Sebab nak rasa kedua-dua twister baru tersebut, saya memilih Set Double Twister Combo dengan dua pilihan rasa twister yang berbeza.

Set Double Twister Combo.

 

HARGA

Untuk set double twister combo ini, harganya hanyalah RM14.90. (Tempoh promosi terhad)

Untuk set combo biasa pulak (1 twister, 1 air gas dan 1 kentang goreng) harganya pula hanyalah RM 9.90.

Dan untuk ala-carte (1 twister), harganya pula hanyalah RM 6.50.

Resit pembelian untuk set Double Twister Combo.

Tak rugi jika anda mencuba Twister ini. Bolehlah cuba semasa lunch break atau jika berkesempatan.

(Visited 173 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK