Apr 242017
 

Ulasan Karipap Pie McDonaldsMungkin ramai yang tak sedar, McDonalds baru saja menambah menu terbaru mereka iaitu Karipap Pie.

Admin berpeluang untuk mencuba hidangan ini semalam.

Sebagai pengenalan, Karipap Pie ini bentuknya sama seperti pai McDonald’s yang lain.

Ianya menggunakan bungkusan pai yang biasa digunakan seperti berikut:

Ulasan Karipap Pie McDonalds

Agak menarik kerana selalunya karipap adalah berbentuk seperti separa bulatan dan kini terdapat pula dalam bentuk pai empat segi panjang.

Apabila dibuka bungkusannya, ternyata panjang pai tersebut hampir menyamai panjang bungkusan tersebut menjadikannya agak besar dan padat.

Ulasan Karipap Pie McDonalds

Kulit painya pula hampir menyerupai karipap yang biasa anda beli namun hadir dalam bentuk pai pusaran berbentuk empat segi panjang.

Ingin melihat isi di dalamnya? Ini rupanya:

Ulasan Karipap Pie McDonalds

Memang intinya agak sedap dengan bahan yang sama terdapat dalam karipap seperti ubi kentang, bla bla bla dll seperti yang ada lihat dalam gambar di atas.

Kulitnya juga agak rangup. Walaupun ada yang berpendapat kulit atau tepungnya agak tebal namun bagi admin, ianya tidaklah terlalu tebal dan rasanya juga agak seimbang antara keranggupan kulitnya dan kesedapan inti di dalamnya

Harga?

Harga yang ditawarkan hanyalah RM 3.50 untuk setiap satu

Selamat mencuba!

(Visited 402 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK