Apr 052017
 

Dulu-dulu external hard disk tersangatlah sensitif mengalahkan seorang makwe.

Jatuh sikit dah rosak. Kena air sikit dah terbakar. Masuk habuk ke semut ke habis punah bahagian dalam hard disk tu.

Nak jaga supaya tahan lama kena pulak beli satu beg atau case yang berspan di dalam serta keras luarannya sebab nak elak dari gegaran masa jatuh selain nak elak habuk dari mengotori hard disk.

EXTERNAL HARD DISK ADATA HD720

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

Kini dah tak perlu pening kepala. Dengan external hard disk Adata HD720 ini, ianya bagaikan semuanya dalam satu.

Apa yang menyebabkan ianya macam sempurna di mata admin?

Setelah beberapa minggu menggunakannya, inilah sebabnya mengapa boleh admin kata ianya adalah hard disk terbaik pernah admin gunakan:

 

1. DILENGKAPI SAMBUNGAN USB 3.0

Dulu nak transfer satu video atau movie Full HD (1080p) yang bersaiz sehingga 5 GB kena tunggu sehingga setengah jam baru siap transfer. Sebab menggunakan sambungan USB 2.0.

Tapi dengan hard disk ni yang mana menggunakan sambungan USB SuperSpeed 3.0, proses pemindahan data seperti sebelum ni hanya mengambil masa kurang dari satu minit. Fuhh laju tu.

Kerja pun cepat selesai. Memang banyak membantu fungsi ni.

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

Psst.. kalau nampak kat sambungan usb tu bertulis SS, itu maknanya SuperSpeed. Biasanya dilengkapi dengan sambungan USB 3.0. Jadi, tak perlu risau sebab memang terbukti laju bila pindah data.

 

2. KALIS HABUK

Dengan persekitaran bilik yang berhabuk sudah pasti alatan komputer seperti monitor dan speaker apatah lagi CPU mudah mengumpulkan habuk.

Tapi hard disk ni nampaknya kekal bersih. Katanya ia dilengkapi dengan perlindungan kalis habuk IP6X.

Tak tahu bagaimana ianya kekal tak berhabuk, mungkin sebab hard disk tersebut dibalut dengan getah silikon yang mana kurang menarik habuk untuk melekat padanya.

Jika ada habuk pun apatah lagi pasir dan tanah, mudah saja nak bersihkan, hanya lap saja dengan tangan atau kain terus hilang habuk tu. Malah boleh juga basuh dengan air jika terlalu kotor.

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

 

3. KALIS AIR

Ye memang boleh basuh dengan air sebab hard disk ni dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air IP68.

Dari ujian rasmi yang pihak Adata jalankan, external hard disk ni mampu bertahan di bawah air sedalam 2 meter atau 6.6 kaki air selama sehingga 120 minit.

Sebab tu tak perlu risau kalau hard disk ni terkena kopi atau hujan. Nak bawak pergi camping masuk sungai takda hal je.

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

 

4. PILIHAN WARNA MENARIK

Bercakap pasal cantik, memang ada diberikan pilihan warna sebelum membeli hard disk ini.

Untuk hard disk kepunyaan admin ini memang menyerlah dengan warna hijau kekuningan.

Warna lain juga ada seperti biru dan hitam.

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

 

 

5. KALIS GEGARAN GRED KETENTERAAN

Dan ciri-ciri yang paling jarang dan agak terbaru admin pernah jumpa adalah kalis gegaran tahap ketenteraan (military-grade shock proof).

Hard disk Adata HD720 ini sebenarnya telah mendapat persijilan yang memenuhi atau mencapai spesifikasi US DoD MIL-STD-816G 516.6 drop test. (Boleh search kalau tak faham)

Kerana ianya dilengkapi sehingga 3 lapis perlindungan, tak perlu lagi risau jika hard disk ini terjatuh dari gengaman anda.

Dari pengamatan admin, memang tebal getah silikon yang melapisi hard disk ni untuk menyerap gegaran jika jatuh. Di bawah lapisan getah tu pulak ada hard case yang melindungi hard disk di dalam.

LIHAT JUGA:  (Ulasan) Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard

Dan for sure di dalamnya ada lagi satu lapisan yang admin tak nampak yang mana juga melindungi hard disk tersebut.

3 kali baru cukup syarat orang kata..

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

 

6. SAIZ STORAN YANG BESAR

Untuk ciri ini, ianya bergantung kepada kemampuan individulah. Jika tak silap, penjualan cakera keras luaran ini bermula dari saiz 1 Tb sehingga 4 Tb.

Memang agak besar berbanding hard disk versi lama yang mana banyak terdapat salam saiz storan 500gb dan ke bawah.

Admin dahulunya hanya menggunakan hard disk bersaiz 500GB. Itu pun hampir penuh dengan fail pembelajaran multimedia dan pelbagai movie. Sebab nak simpan data yang baru, terpaksa padam beberapa fail yang agak bernilai jugak.

Tapi dengan hard disk Adata terbaru ni, tak lagi jadi masalah kerana saiz storan yang admin gunakan adalah 2TB.

 

7. PEMEGANG KABEL

Yang paling leceh bila guna hard disk adalah kabel USB nya. Kadang-kadang kabel hilang la. Kadang-kadang kabel terlipat sampai rosak la.

Nak simpan satu hal pulak nak kena gulung kabel masuk dalam beg elok-elok. Kalau tak elok, sekejap je dah rosak.

Tapi dengan hard disk Adata HD720 ni, dah siap ada pemegang kabel terbina di bahagian sisinya. Nak simpan kabel hanya selit je. Nak ambil kabel pun mudah jugak.

Terbaik lah!

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

 

8. Lampu sensor LED

Setakat admin guna ni, lampu sensor LED ni canggih gak sebab boleh detect status hard disk tersebut.

Kalau dicucuk ke laptop atau komputer yang guna sambungan USB 2.0 lampunya akan jadi warna hijau.

Kalau guna sambungan USB 3.0, lampunya akan jadi warna biru.

Kalau ada proses transfer atau penggunaan data dalam hard disk tersebut, maka lampu LED tersebut akan berkelip-kelip.

Dan kalau tiba-tiba hard disk tersebut mengalami gegaran semasa digunakan, lampu LED akan berkelip-kelip jadi warna merah.

Dan setakat ni belum keluar lagi lampu amaran merah yang memanjang yang mana ianya menunjukkan hard disk tersebut dah error.

Ulasan External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

 

9. Design

Design dia pun memang cantik. Bukan lagi nampak kaku macam hard disk zaman dulu-dulu.

Dengan corak honeycomb, memang betul-betul nampak ekslusif dan sporty.

Kalau nak tahu Adata pun ada jual hard disk lain yang cantik-cantik dan smart.

Boleh tengok sendiri antara pilihan yang menarik di Lazada ini:

 

VIDEO NYAHKOTAK DAN TESTING:

 

 

 

KESIMPULAN

Bagi yang mementingkan kualiti dan kerja yang pantas, tambahan pula jika anda seorang yang aktif dan selalu membawa peranti anda ke mana saja, apa salahnya melabur lebih sikit untuk Hard Disk Adata HD720 ini. Bukan saja ianya berbaloi dengan perbelanjaan anda, tapi juga mampu memberi pulangan untuk jangka yang panjang kerana ianya mempunyai pelbagai ciri ketahanan dari pelbagai aspek. Ianya bukan gimik semata-mata tapi memang betul-betul dilengkapi dengan ciri seperti yang dikongsikan.

Memang tak rugi jika anda memiliki hard disk ini.

(Visited 138 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK