Mar 052017
 

Tanda Motosikal Kena Tukar Sprocket Dan Rantai

Beberapa minggu yang lepas, agak terkejut jugak bila motosikal yang admin naik tiba-tiba terhenjut-henjut macam sangkut kain kat rantai.

Nak ride laju-laju pun serba salah. Dalam hati mungkin rantai kendur dan admin pun terus bergerak ke workshop yang berdekatan untuk ketatkan rantai.

Tapi peliknya, pomen tu kata bukan saja rantai kendur masalahnya. Tapi sprocket pun dah memang kena tukar.

Apa tanda-tandanya kena tukar sprocket dan rantai?

1. PERGERAKAN MOTOSIKAL SEPERTI TERSANGKUT.

Kalau masa bawak motosikal tu ada rasa sangkut-sangkut dan henjut-henjut, itu tandanya sprocket dah haus menyebabkan rantai melompat dari bucu sprocket.

Time ni nak bawak laju pun dah agak susah sebab asyik sangkut-sangkut je.

 

2. RANTAI AGAK KENDUR

Kalau korang turun dari motosikal dan lihat rantai semakin kendur ke bawah itu mungkin petanda kedua sprocket perlu ditukar.

Bila rantai kendur, akan ada ruang untuk rantai tu melompat dari sprocket, sebab tu sangkut-sangkut.

Kebiasaannya kalau nak tukar sprocket, rantai pun kena tukar sekali supaya kedua-duanya tahan lebih lama.

Tanda Motosikal Kena Tukar Sprocket Dan Rantai

Keadaan rantai yang kendur.

 

LIHAT JUGA:  (Spesifikasi | Gambar | Harga) Kereta Perodua Axia

3. SPROCKET DAH ‘HAUS’.

Jika bucu sprocket semakin mengecil dan tajam, itu tandanya sprocket sudah haus dan perlu ditukar.

Selalunya sprocket boleh bertahan dalam setahun dua bergantung kepada kekerapan tunggangan dan penjagaan oleh penunggang.

Tanda Motosikal Kena Tukar Sprocket Dan Rantai

Sprocket yang haus dengan bucu yang mengecil.

 

4. BUCU SPROCKET JADI SEPERTI BENTUK OMBAK.

Tahap paling nazak, sudah pasti bentuk bucu sprocket menjadi seperti bentuk ombak. Ini kerana motor dipaksa untuk bergerak walaupun sangkut-sangkut menyebabkan geseran yang menyumbang kepada hausnya sprocket.

Memang perlu tukar baru.

Tanda Motosikal Kena Tukar Sprocket Dan Rantai

Bucu sprocket yang berbentuk ombak.

Berapa harga nak tukar rantai dan sprocket?

Bergantung kepada tauke workshop, harga yang admin kena untuk tukar rantai dan sprocket ni hanya dalam RM48 sahaja.

Dapat diskaun RM2 selepas mintak kurang. Melayang banyak jugak duit untuk hari tu. Adeh..

Dan hasilnya..

Tanda Motosikal Kena Tukar Sprocket Dan Rantai

Rantai baru yang lebih ketat

 

Sprocket baru. Terbaik!

Sebaiknya, tukar kedua-dua komponen serentak dan bukan salah satu supaya kedua-duanya tahan lebih lama.

Kepada penunggang motosikal, selalulah periksa keadaan motosikal anda.

Rajin-rajin letak minyak kat rantai tu supaya pergerakan lebih smooth dan tahan lama.

Semoga bermanfaat!

(Visited 1,002 times, 4 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK