Mar 232017
 

Speaker Bluetooh Aquarius By Sonicgear

Cuba tengok speaker komputer di atas meja anda.

Adakah ianya hanya objek berbentuk kotak dengan hanya satu warna seperti hitam atau putih.

Atau langsung tiada? Bosan, bukan?

Nah Sonicgear iaitu sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam pembuatan barangan audio untuk komputer kini memperkenalkan Aquarius by Sonicgear.

 

Speaker Bluetooh Aquarius By Sonicgear

Fuhhh.. Merecik! ?

Sebagai pengenalan, Aquarius by Sonicgear ini adalah sebuah pembesar suara tanpa wayar atau wireless speaker dengan sambungan bluetooh.

CIRI DAN SPESIFIKASI

Namun apakah yang membuatkan gajet ini istimewa serta lain dari yang lain?

Ini bukanlah bluetooth speaker yang biasa seperti terdapat di pasaran kerana ianya juga dilengkapi ‘disco lamp‘ serta kuasa pancutan air.

Kerlipan cahaya dan pancutan air akan mengikut bersama rentak muzik dengan kesan warna-yang pelbagai.

Nak lihat bagaimana ianya berfungsi? Tengok ni:

 


Dengan dilengkapi dua speaker yang berkualiti tinggi bersaiz 2 inci dan berkuasa 2.5 Watt setiap satu serta respon frekuensi serendah 90Hz untuk bunyi bass yang jelas, menjadikan bunyi muzik yang terhasil agak gempak dan bertenaga.

Speaker Bluetooh Aquarius By Sonicgear

Nampak speaker di bawahnya?

Jika anda rimas dengan sambungan wayar yang panjang dan berserabut seperti kebanyakan speaker lain, dapatkan saja speaker Aquarius by Sonicgear ini kerana ianya boleh disambungkan ke peranti anda seperti komputer, tablet dan telefon pintar anda hanya dengan menggunakan keupayaan bluetooth. Meja anda pasti nampak kemas dan minimalis.

LIHAT JUGA:  (Ulasan) External Hard Disk Adata HD720 Yang Lasak

Jika anda malas untuk menghidupkan komputer atau peranti lain dan menyambungkan menggunakan Bluetooth, terdapat juga pilihan untuk memainkan muzik dari sambungan wayar Auxiliary yang disambung ke port audio 3.5 mm peranti anda. Mudah, bukan? Jangan risau. Wayar Auxiliary ada diberikan sekali dalam kotak.

Speaker Bluetooh Aquarius By Sonicgear

Penutup silikon gantian dan penitis air juga diberikan selain wayar USB dan Aux.

Nak lagi senang? Boleh saja save lagu dalam sekeping TF card dan masukkan saja dalam speaker Aquarius by Sonicgear tersebut. Ianya akan memainkan lagu yang terdapat dalam TF card tersebut sehingga telinga anda lebam. Yang pasti, ianya lebih menjimatkan bateri kerana tidak menggunakan sambungan bluetooth.

Speaker Bluetooh Aquarius By Sonicgear

Slot untuk TF Card, port Aux dan USB untuk kepelbagaian input.

Bercakap tentang bateri, speaker Aquarius by Sonicgear ini mempunyai bateri terbina dalam dengan kapasiti 1200mAh. Dengan bateri tersebut, ianya boleh memainkan muzik dengan kesan cahaya air selama kira-kira 4 jam.

Untuk mengecasnya pula, ada diberikan wayar USB untuk di sambung ke port USB komputer anda. Boleh juga disambung ke plug elektrik dengan kuasa USB 5V.

WARNA

Terdapat 4 pilihan tema warna yang menarik mengikut citarasa anda iaitu:

  • merah
  • hijau
  • biru
  • kelabu

Speaker Bluetooh Aquarius By Sonicgear

Speaker Bluetooh Aquarius By Sonicgear

HARGA

Bagaimana pula dengan harga?

Sudah pasti ianya mampu milik dengan tawaran harga di bawah RM79 sahaja di LAZADA.

Cepat dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok!

(Visited 42 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK