Mar 262017
 

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Jika anda peminjam PTPTN, sudah pasti pening memikirkan cara bayaran yang paling mudah dan menjimatkan.

Jika bayar di kaunter PTPTN sudah pasti tiada kos transaksi.

Tapi jika pembayaran dibuat secara online banking, semestinya akan ada bayaran perkhidmatan atau kos transasksi oleh bank. Ianya sedikit sebanyak akan menghabiskan wang kita sedikit demi sedikit.

Bayangkan jika kos transaksi untuk sekali pembayaran secara online memakan kos 53 sen. Jika 10 kali, jumlah nya sudah mencecah RM5.30. Jika 100 kali semestinya anda sudah menghabiskan RM53 untuk kos transaksi sahaja.

Namun, tahukah anda terdapat cara bayar pinjaman PTPTN secara online tanpa kos transaksi iaitu melalui JOMPAY.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

LANGKAH-LANGKAH

Untuk permulaan, anda perlu tahu apakah biller code, ref-1 dan ref-2 kepunyaan anda untuk pengisian maklumat bayaran nanti.

Mudah saja. Masuk ke ptptn.gov.my dan klik SEMAKAN JOMPAY.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Satu paparan baru akan muncul. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan atau Mykad anda dan klik CARI.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Hasil carian akan muncul seperti berikut.

Simpan maklumat yang diberikan seperti Biller Code, Ref-1 dan Ref-2 untuk digunakan semasa proses pembayaran online banking nanti.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Seterusnya masuk laman sesawang online banking pilihan anda.

CIMBCLICKS

*Sila lihat bahagian bawah untuk pembayaran melalui Maybank2u

Lakukan proses login seperti biasa.

Seterusnya klik PAY BILL.

Tick pada pilihan JOMPAY dan masukkan Biller Code seperti yang diberikan semasa carian awal tadi dan tekan SUBMIT.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Satu pop-up menu akan muncul. Isi Ref-1 dan Ref-2 serta jumlah bayaran yang anda ingin lakukan.

Masukkan biller nickname untuk disimpan sebagai ‘My favourite’ memudahkan bayaran akan datang tanpa perlu isi semua maklumat sebelum ini.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Setelah itu, klik PROCEED TO PAYMENT.

Laman Confirmation akan muncul menunjukkan ringkasan urusan yang akan dilakukan.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Masukkan nombor TAC seperti biasa dan klik CONFIRM untuk pengesahan bayaran.

Satu resit akan muncul menunjukkan bayaran berjaya dilakukan.

Selesai!

 

MAYBANK2U

Lakukan proses login ke akaun Maybank2u anda seperti biasa.

Seterusnya klik BILL PAYMENT.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Klik pada pilihan JOMPAY.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Dan seterusnya klik MAKE A ONE-OFF PAYMENT.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2 seperti yang diberikan semasa carian awal tadi serta jumlah bayaran yang anda ingin lakukan.

Tick pada kota agreement di bawah dan tekan CONTINUE.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Masukkan nombor TAC seperti biasa dan klik CONFIRM untuk pengesahan bayaran.

Cara Bayar PTPTN Online Tanpa Kos Transaksi

Satu resit akan muncul menujukkan bayaran berjaya dilakukan.

Selesai.

Cepat-cepatlah bayar sebelum terlambat.

Semoga bermanfaat!

(Visited 523 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK