Mar 042017
 

Lazada bukan lagi asing bagi rakyat Malaysia.

Nak beli phone? Lazada ada.

Nak beli barang komputer? Lazada ada.

Nak beli pakaian? Lazada ada.

Nak beli kelengkapan senaman dan sukan. Pun lazada ada.

Bukan sahaja barangan kecil. Tapi yang besar macam almari dan tilam pun boleh.

Dua hari lepas, admin berpeluang untuk membeli tilam dari Lazada dengan harga promosi yang lebih murah dari biasa mahupun di kedai.

Tilam ‘Greenly’ ni agak menarik dari pemerhatian admin.

Harga semasa promosi RM81.77. Yang ni harga terbaru selepas admin beli. Diorang dah tutup promosi agaknya.

 

Apa kelebihan tilam ni?

  • Harga promosi yang agak murah
  • Material foam
  • Tebal 4 inci tapi padat dan selesa
  • Kualiti terbaik dan baru

Kenapa berbaloi beli tilam ni dari Lazada?

1. ADA HARGA PROMOSI

Jika anda rajin menjenguk laman web atau apps Lazada, pasti ada ditonjolkan barangan dengan tawaran harga promosi yang jauh lebih murah dari harga sebenar. Malah lebih murah dari harga di kedai.

Disebabkan inilah admin membeli tilam baru untuk kegunaan sendiri.

Bayangkan harga tilam single ini berharga hampir RM200 boleh dibeli dengan harga promosi hanya RM81. Itu belum lagi ditolak dengan kod diskaun.

Harga promosi dan harga setelah ditolak dengan kod voucher diskaun.

 

2. TESTIMONI

Jika ragu-ragu dengan sesuatu barangan, boleh saja baca testimoni atau komen dari pembeli yang sudah membeli di page tilam Greenly tersebut.

Rating untuk pembekal juga ada diberikan supaya anda lebih yakin dengan pembelian anda.

Untuk tilam ini, admin baca ramai yang berpuas hati dan tilamnya memang selesa.

Rating pembekal juga diberikan 5 bintang atau mendapat ‘Top-Rated Seller’

 

3. PEMBAYARAN LEBIH MUDAH DAN SENANG

Tak perlu pergi bank untuk keluarkan duit atau bank-in duit.

Tak perlu juga bawak duit banyak-banyak ke merata tempat untuk membeli.

Lazada menyediakan pelbagai cara untuk membayar barangan yang dibeli seperti melalui:

Untuk pembeli ini, admin guna online banking melalui CIMB Clicks. Mudah saja.

 

4. TILAM TERUS DIHANTAR KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA.

Tak perlu hidupkan kenderaan anda dan habiskan minyak serta masa anda untuk ke kedai perabot.

LIHAT JUGA:  (Review) Netbook Lenovo Ideapad S100

Semuanya dihujung jari dan tilam terus dihantar ke depan pintu rumah anda.

Pilih saja mana yang berkenan dan bayar secara online. Beberapa hari kemudian, barangan tersebut sampai melalui syarikat kaurier terpilih.

Tilam yang admin beli ni dihantar oleh syarikat kaurier Skynet. Memang laju dan terbaik.

*Untuk memudahkan penghantaran, tulis alamat penuh. Jika tidak penuh, boleh tulis ciri-ciri rumah anda seperti warna, berapa tingkat, kedudukan nombor berapa, lokasi di mana (selepas sungai atau pokok besar). Serius, alamat seperti ini lebih disukai oleh pekerja skynet berbanding alamat yang tidak lengkap. Dan untuk elak anda kena keluar ke jalan besar mencari lori kaurier tersebut.

 

5. PENGHANTARAN PANTAS MENGAMBIL MASA SEHARI DUA SAJA

Bergantung kepada syarikat kaurier, syarikat pembekal dan lokasi premis pembekal (sama ada dalam atau luar negara), penghantaran selalunya boleh mengambil masa dalam sehari atau dua hari bekerja saja.

Bagi yang belum tahu, jika anda membeli pada sebelah malam, ianya akan diproses dan dihantar pada keesokan harinya.

Dan kebiasaanya jika membeli sebelum jam 5 petang, besar kemungkinan ianya akan di hantar pada hari tersebut dan sampai keesokan harinya.

Oleh sebab tilam ini admin beli pada sebelah malam, jadi ianya sampai pada lusa harinya dengan perkhidmatan kaurier Skynet. Cepat jugak tu.

 

6. KOD DISKAUN

Untuk dapatkan lebih penjimatan, ada kod diskaun yang boleh digunakan.

Selalunya pihak Lazada akan berkongsi kod diskaun tertentu di laman sosial mereka seperti Instagram.

Atau jika anda berdaftar dengan laman Lazada dan sudah beberapa lama tidak membeli di Lazada, pasti mereka akan memberi email yang mengandungi kod diskaun RM15 untuk pembelian RM100 sebagai tanda ingatan mereka kepada anda.

Atau anda juga boleh terjah laman lalalaxx.com untuk senarai kod diskaun Lazada yang terkini.

 

Beli juga mattress protector supaya lebih selesa dan tilam tahan lebih lama.

 

7. WARANTI DARI LAZADA DAN PIHAK PEMBEKAL

Barang di beli rosak atau bukan baru? Tangkap gambar barang tersebut dan emailkan pada pihak Lazada.

Mereka akan meminta anda pulangkan semula, tukar dengan yang baru atau memberi ganti rugi demi menjaga kualiti perkhidmatan mereka.

Tak perlu risau dengan pembelian anda. Terbaik!

Selamat membeli belah!

 

(Visited 149 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK