Mar 202017
 

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Sempena ulangtahun yang ke 5, Lazada telah berkongsi dengan admin iaitu Lazada Surprise Box 2.0 yang mana mengandungi beberapa produk gempak yang terdapat dalam laman katalog besar mereka. (KLIK SINI untuk Surprise Box 1.0)

Memang surprise bila tiba-tiba dapat kotak besar macam ni. Fuhhh.. 

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Untuk lebih surprise, pada 22 hingga 24 Mac ini, Lazada akan memberikan lebih kejutan pada anda.

Dengan tagline ‘All good things come in 5’s’ sudah pasti sesuatu yang mengejutkan akan berlaku pada tarikh tersebut.

Apa kejutannya? Terjahlah dulu page Lazada Birthday Sale atau klik banner di bawah ini.

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

KLIK UNTUK SURPRISE!

Banyak tawaran menarik setiap hari. Giveaway tiket Air Asia pun ada.

Fuhh.. Betul-betul surprise Lazada ni.

Berbalik pada Lazada Surprise Box 2.0 ini, dari pemerhatian admin, barangan-barangan yang dikongsikan tersebut agak gempak dan mampu melengkapi sesebuah komputer biasa menjadi sebuah gaming PC yang power dan terbaik.

Antara 5 barangan yang gempak tersebut adalah:

1. AULA MECHANICAL GAMING KEYBOARD

Bagi yang belum tahu AULA adalah salah satu jenama pengeluar barangan aksesori untuk gaming. Antara yang laris adalah keyboard mekanikal mereka kerana harganya yang berpatutan dan kualiti yang agak baik kerana menggunakan bahan yang kukuh seperti aluminum untuk kerangka keyboard. Dan sedia maklum bahawa papan kekunci mekanikal mampu bertahan sehingga 50 juta kali tekanan jari.

Di bawah ini adalah contoh keyboard yang gempak tersebut. Fuhhh..

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Keyboard mekanikal memang sedap menaip. Dengan lampu latar memang terbaik!

 

2. SAMSUNG 850 EVO 2.5 INCH 250GB INTERNAL SSD

Tahukah anda, dengan menggunakan Solid State Drive, kelajuan pindahan data anda menjadi sangat laju tambahan pula jika peranti anda menyokong sambungan USB 3.0. Tempoh turn on dan shut down pula menjadi amat pantas serendah 5 hingga 10 saat.

Sebab itu kebanyakan Macbook Air yang mengunakan SSD dari SAMSUNG seperti di bawah ini menjadi notebook yang paling berkualiti dan laris di kalangan pelajar.

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Solid State Drive (SSD) ni memang lebih laju dan power dari HDD biasa.

 

3. ARMAGGEDDON NRO-5 STARSHIP III GAMING MOUSE 2017 EDITION

ARMAGGEDDON juga adalah salah satu jenama pengeluar barangan gaming yang semakin terkenal di Malaysia. Bukan sahaja mouse dan keyboard, mereka juga ada mengeluarkan barangan audio serta alat kawalan permainan lain seperti joystick dan stereng perlumbaan.

Sebab itu, jenama ARMAGGEDDON ini bukanlah jenama yang biasa-biasa.

Buktinya? Tengok saja gaming mouse di bawah ini. Terbaik!

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Seriously 10,000 cpi?? Kalau screen lebar gajah memang sesuai guna mouse ni. Psstt.. Ada promosi percuma mousemat kalau beli mouse ni.

 

4. TP-LINK, 150MBPS MINI WIRELESS N USB ADAPTER

Jenama TP-LINK bukan lagi asing di kalangan pengguna komputer. Baik dari segi penggunaan modem atau wireless adapter, TP-Link sentiasa menjadi pilihan ramai orang kerana kualitinya yang terbaik.

Modem di rumah admin pun menggunakan jenama TP-LINK.

Bagi pengguna komputer, pastinya akan memilih wireless adapter sebagai pengganti wayar LAN yang agak berserabut dan mudah menangkap habuk.

Dengan USB adapter di bawah ini, sambungan internet menjadi lebih laju dan tiada lagi masalah serabut dan habuk.

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Kalau nak pulun line internet dengan member serumah memang menang guna benda ni.

 

5. SONICGEAR AQUARIUS PORTABLE BLUETOOTH SPEAKER

Jika anda pelajar, sudah tentu biasa mendengar jenama SONICGEAR. Jenama yang mengeluarkan barangan audio komputer ini sentiasa menjadi pilihan ramai pelajar kerana kualiti barangannya yang baik serta harganya yang mampu milik baik dari segi pembesar suara mahupun fon kepala.

Kini SONICGEAR tampil dengan pembesar suara alaf baru iaitu Aquarius by Sonicgear yang mana ianya dilengkapi sambungan tanpa wayar dan bateri terbina dalam serta kuasa pancutan air mengikut rentak muzik.

Yang pasti ianya boleh dibawah ke mana saja atau boleh saja diletak atas meja komputer anda.

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Canggih benda ni ada pancut air ikut rentak muzik. Terbaik!

 

dan juga bonus yang gempak iaitu:

VOUCHER DARI PHOTOBOOK MALAYSIA

PHOTOBOOK MALAYSIA terkenal dengan perkhidmatan mencetak gambar mengikut bentuk pilihan anda dan mengumpulkan semua cetakan gambar tersebut dalam satu album. Seterusnya album tersebut akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Menarik, bukan?

Yang pasti gambar yang dicetak pasti mempunyai nilai sentimental yang tinggi untuk dilihat bersama keluarga dan rakan-rakan.

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Diorang akan cetak gambar pastu letak dalam album bagi anak cucu kita tengok. Precious!

 

A6 SIZE NOTEBOOK BOTTLE EKSLUSIF DARI LAZADA MALAYSIA (paling favourite)

Kenapa ianya ekslusif? Sebab botol air dengan cetakan Lazada.com.my ini tidak dijual di mana-mana (rasanya). Dan botol air memo atau notebook bersaiz A6 ini sudah jarang dijumpai kerana laris dan saiznya yang lebih kecil mudah untuk dibawa kemana-mana.

Yang masih banyak di pasaran adalah botol air bersaiz A5 yang dua kali lebih besar dari saiz A6 ini.

5 Produk Gempak Dari Lazada Surprise Box 2.0

Kebanyakan dalam katalog tinggal botol kosong bersaiz A5 (lebih besar). Klik untuk paparkan di Lazada.

 

Terima kasih kepada semua penaja yang sudi berkongsi produk gempak anda.

Untuk maklumat lanjut yang lebih detail, ulasan serta unboxing setiap produk di atas, nantikan sambungan pos yang kedua akan datang.

Gempak bro!

Psstt.. Jangan lupa terjah page Lazada Birthday Sale ni. Ada kod voucher 20% menanti anda pada 21 Mac ini. Juga ada surprise birthday giveaway serta macam-macam lagi. Terjah jangan tak terjah!

(Visited 50 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK