Feb 162017
 

Sebagai orang Perlis, agak teruja juga bila mendengar satu projek mega iaitu Kangar City Centre (KCC) bakal dibangunkan.

Mungkin lepas ini orang dah tak kata “Perlis takde apa yang menarik pun.”

Berikut adalah antara beberapa fakta dan info menarik yang dikongsikan:

  • Projek mega ini bernilai RM 368 juta ringgit.
  • Dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.
  • Mengandungi:
    • 1 blok 36 tingkat hotel bertaraf 5 bintang (yang pertama di Perlis)
    • 1 blok 21 tingkat KCC residential tower
    • 1 blok 27 tingkat service suite
    • kawasan riadah
    • pusat beli-belah
    • 10 buah cineplex (panggung wayang)
    • pusat persidangan
  • Ianya sebagai langkah Perlis mencapai negeri bandaraya pada tahun 2030
  • Projek ini dilancarkan oleh Menteri Besar Perlis; YB Azlan Man di Kangar baru-baru ini
  • Projek mega kedua di Perlis selepas Projek Mega Bercampur bernilai RM 311.4 juta di Kuala Perlis
  • Ianya adalah projek usahasama antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan Safuan Group.
  • Dibangunkan di atas tanah seluas lebih 1.2 hektar milik PKENPs.
  • Sebagai janji kerajaan mensejahterakan rakyat disamping memberikan peluang pekerjaan serta memajukan pelancongan.
LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2016 - Kelantan

Berikut adalah beberapa gambar pelan pembangunan Kangar City Centre (KCC):

Info Tentang Kangar City Centre atau KCC

Info Tentang Kangar City Centre atau KCC

Info Tentang Kangar City Centre atau KCC

Info Tentang Kangar City Centre atau KCC

 

 

Psstt.. Centre ke center?

(Visited 321 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK