Jan 152017
 

(Tips Survival) Cara Dapatkan Air Bersih Ketika Dalam Hutan

Tips survival ini amat berguna jika anda berkhemah atau berada di dalam hutan dan sukar mendapatkan sumber air yang bersih.

Ianya sesuai jika air yang anda jumpai adalah keruh dan berkeladak.

Dengan kaedah ini, air yang terhasil adalah lebih bersih untuk digunakan.

Namun, harus diingat bahawa air tersebut perlu direbus terlebih dahulu bagi membunuh semua bakteria yang tertinggal jika ingin dibuat minuman.

Semoga ianya berguna untuk kita semua. 

 

(Tips Survival) Cara Dapatkan Air Bersih Ketika Dalam Hutan

Langkah 1: Letak kapas atau cebisan kain di hujung botol untuk elakkan tanah pasir keluar bersama-sama air. Tebuk juga 3 lubang pada penutup botol.

(Tips Survival) Cara Dapatkan Air Bersih Ketika Dalam Hutan

Langkah 2: Potong bahagian atas botol dan isi pasir sungai sehingga 3/4 botol

(Tips Survival) Cara Dapatkan Air Bersih Ketika Dalam Hutan

Langkah 3: Gantung dan masukkan sumber air ke dalam bekas tersebut. Air bersih akan menitik keluar di bawah.

(Tips Survival) Cara Dapatkan Air Bersih Ketika Dalam Hutan

Hasil air yang ditapis

(Visited 17 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Tips) Cara Atasi Masalah Lipas Dalam Kereta Anda

LIKE KAMI DI FACEBOOK