Jan 152017
 

(Info) Tanda-Tanda Gejala Demam Denggi

Pernah dulu admin mendapat sebahagian tanda-tanda dan gejala demam denggi ini.

Dan untuk mungkin sebagai langkah kawalan, admin ditahan di wad selama satu hari satu malam.

Banyak kali juga tangan ni dicucuk jarum untuk mendapatkan darah dan meneliti tahap demam denggi admin dari semasa ke semasa.

Apapun Alhamdulillah, akhirnya admin disahkan bebas dari penyakit tersebut walaupun terdapat beberapa tanda yang ada.

Untuk info bersama, demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.

Berikut adalah beberapa tanda gejala demam denggi iaitu seperti:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit di belakang mata
  • Pendarahan ringan (dari gusi, hidung atau di bawah kulit)
  • Sakit badan
  • Ruam kulit
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
(Info) Tanda-Tanda Gejala Demam Denggi

Share untuk selamatkan lebih ramai nyawa.

Jika anda atau orang di sekeliling anda menunjukkan gejala tersebut, segeralah berjumpa doktor secepat mungkin.

Semoga bermanfaat!

(Visited 186 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Fakta) 16 Sebab Kenapa Babi Tidak Boleh Dimakan

LIKE KAMI DI FACEBOOK