Jan 252017
 

Info Rahsia Di Sebalik Lipatan Pada Belakang Baju Kemeja

Tahukah anda, baju kemeja sebenarnya terdapat 3 jenis lipatan di belakangnya.

Namun apakah rahsia di sebalik lipatan yang terdapat pada belakang baju kemeja tersebut?

Bagi yang belum tahu, mungkin jawapan berikut mampu membantu anda memilih dan membeli baju kemeja dengan betul.

Dengan pemilihan yang betul pasti penampilan tampak lebih segak dan yakin.

Ianya juga penting bagi anda yang ingin memberi impresi pertama yang positif semasa temuduga kerja.

| BACA JUGA: (Tips) Cara Betul Jawab Temuduga Kerja Dalam Bahasa Inggeris

Berikut adalah 3 jenis lipatan dan kesesuaian badan yang perlu anda tahu:

1. Lipatan Tengah @ Centre Box PleatInfo Rahsia Di Sebalik Lipatan Pada Belakang Baju Kemeja

Kemeja yang ada lipatan di bahagian tengah sesuai dipakai oleh lelaki yang memerlukan ruangan ekstra di bahagian perut.

Baju jenis ini juga TIDAK SESUAI untuk:

  • lelaki yang kurus
  • lelaki yang tidak boroi

Jika dipakai juga, ianya akan kelihatan kurang kemas.

 

2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side PleatInfo Rahsia Di Sebalik Lipatan Pada Belakang Baju Kemeja

Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan sebenarnya dibuat untuk lelaki yang memerlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan.

Baju jenis ini SESUAI untuk

  • ‘Abang-abang Sado’ yang berbadan tegap
  • dan lelaki yang perut ramping.

 

3. Tiada Lipatan @ PleatlessInfo Rahsia Di Sebalik Lipatan Pada Belakang Baju Kemeja

Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan muatan di bahagian perut atau bahagian badan yang lain.

*TIPS: Jika anda berbadan sederhana, pilihlah potongan Regular Fit dan bukannya Slim Fit.

 

Diharap dengan adanya tips ini, anda kini mampu memilih baju kemeja yang sesuai dengan potongan badan anda dan tampil lebih yakin setiap hari.

Semoga bermanfaat!

(Visited 81 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK