Jan 202017
 

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

TAHNIAH! Anda kini sedang membuka satu lembaran baru dalam memilih ciri hard disk yang terbaik.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Membeli hard disk bukanlah perkara yang remeh.Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Ada beberapa ciri hard disk terbaik yang mampu memberi nilai balik pada perbelanjaan anda untuk jangka masa yang lama tambahan pula jika anda adalah seorang superhero yang bergaya, kaya, jem, mayonis dan bijak seperti Tony Stark a.k.a Iron Man.

Untuk membangunkan sut Iron Man, sudah pasti Tony Stark akan memilih hard disk yang terbaik dan berkualiti untuk dijadikan salah satu alat kelengkapan penting dalam sut Iron Man yang digunakan untuk menentang musuh.

Yang pasti hard disk tersebut bukannya hard disk cetak rompak dan tak berkualiti yang dijual di pasar malam dengan harga dua seringgit.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Hard disk ke CD, bang? LOL!

 

Persoalannya, apakah ciri-ciri hard disk yang terbaik?

1. MEMPUNYAI KAPASITI RUANG STORAN YANG BESAR

J.A.R.V.I.S. (atau singkatan dari Just A Rather Very Intelligent System) adalah sistem A.I. yang sangat maju dibangunkan oleh Tony Stark. Jarvis diprogramkan untuk menguruskan hampir semua perkara, terutama yang berkaitan dengan teknologi, dalam kehidupan Tony.

Jarvis juga digunakan dalam sut Iron Man untuk mengawal dan membantu Tony Stark dalam apa jua keadaan.

Dengan kapasiti ruang storan hard disk yang besar sehingga 2 terabyte, tidak menjadi masalah untuk sistem AI Jarvis disimpan ke dalam hard disk dan dilengkapkan dalam sut Iron Man. Keupayaan untuk capaian data serta pemprosesan imej, video dan pengiraan menjadi lebih luas dan tiada hadnya.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

 

2. SAIZ YANG KECIL DAN KOMPAK

Mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya di bawah kerangka Iron Man, terselitnya hard disk yang kecil dan kompak.

Ianya penting untuk menyimpan data serta menjalankan sistem teknologi AI Jarvis.

Dengan saiz hard disk yang kecil dan kompak ini, capaian data boleh dibuat bila-bila masa dan di mana saja tanpa sebarang halangan.

 

3. SAMBUNGAN USB 3.0

Bayangkan jika Tony Stark perlu melakukan tindak balas yang pantas dalam melawan serangan, tanpa hard disk dengan sambungan USB 3.0 sudah pasti scene ini akan berakhir seperti berikut:

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Dengan sambungan USB 3.0 yang dilengkapi kadar pindahan data yang laju sehingga 5 gigabits dalam sesaat (5 GIGABITS BRO!! PERGHH!), keupayaan menumpaskan musuh (dan mengelak tiang) menjadi lebih mudah dan pantas.

 

4. TAHAN GEGAR

Apa gunanya hard disk jika ianya terjatuh dan terus rosak lepas tu langsung tidak boleh digunakan.

Mungkin Iron Man akan kalah hanya dengan satu jentikan saja.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

 

5. KALIS AIR

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana Iron Man mampu bertahan dalam air tanpa sebarang masalah elektronik?

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Of course la hard disk dia kalis air. Kalau hard disk dia tak kalis air, mereput la dia sorang-sorang kat dasar laut tu sebab system error masuk air.

Jenuh la jugak nak kena rendam balik sut serta hard disk beliau dalam beras untuk keringkan air yang meresap masuk.

 

6. KALIS HABUK

Ingat lagi scene Tony Stark ditangkap dan dikurung di tengah padang pasir?

Semasa dalam tahanan tu beliau mula membina sut Iron Man yang pertama untuk keluar dari tahanan tersebut dan menentang musuh di tengah padang pasir tersebut.

Tanpa hard disk yang kalis habuk, sudah pasti sut tersebut tidak mampu berfungsi melawan musuh di tengah padang pasir yang keadaannya agak berdebu dan ekstrem.

 

7. PEMEGANG KABEL

Bukan saja hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kabel pun kena jaga elok-elok.

Kalau tak jaga, silap-silap boleh rosak, hilang atau diambil orang. Kan dah rugi kat situ nak ke hulu ke hilir cari kabel baru. Mereput..

Sebab tu penting untuk sesebuah hard disk tu dilengkapi pemegang kabel. Baru lengkap!

 

8. PILIHAN WARNA

Takkan hard disk nak warna hitam je. Bosan kot.

Kalau ada banyak pilihan warna, senanglah nak bezakan hard disk tersebut milik siapa dan boleh juga menonjolkan identiti setiap pemiliknya yang tersendiri.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Diorang tengah ‘aim’ gambar kat bawah ni sebenarnya.

 

9. DESIGN

Dah dekat Wawasan 2020 kot, takkanlah rupa hard disk masih nak nampak kaku macam pelakon baru papan lapis atau bongkah batu-bata.

C’mon gais! Design mesti la mahu gempak macam kilat sabung menyabung atau membara macam gunung berapi. Barulah meletup!

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

“Kebaboomm!!”

 

10. MAGIK

Ye betul apa yang anda baca! Hard disk mestilah ada MAGIK.

Hard disk tu dengan magiknya boleh bagitau anda status atau keadaan semasa hard disk tersebut seperti:

  • sedang ‘on
  • sedang pindahkan data
  • mengalami gegaran
  • atau mungkin juga terdapat disk error

Dapat bayangkan? Ini bukan cubaan tapi ianya memang magik! (walaupun bukan..) Tapi gempak gila kot!

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Perghh! MAGIK gila gambar ni berkelip.  | *External HDD ADATA HD720

Jadi kalau rasa nak survey dan sambar ‘hard disk-hard disk‘ yang gila gempak dan lejen baq hang level over 9000 dengan keupayaan mengalahkan musuh durjana serta mengelak tiang, lengkap dengan semua ciri-ciri ‘power’ di atas, bolehlah klik nama seller berikut yang berada di dalam letupan kuat di bawah ni:

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Hard disk power bro!

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

(Visited 119 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK