Dec 162016
 

Terkini Rancangan Running Man Akhirnya Akan Dihentikan

SBS telah secara rasmi mengumumkan bahawa salah satu rancangan mereka yang paling popular, Running Man, akan dihentikan secara kekal pada bulan Februari 2017.

Awal hari ini, Koreaboo mengluarkan berita bahawa peserta Running Man telah bertemu secara rahsia untuk membincangkan tentang agenda meninggalkan rancangan tersebut bersama-sama. Perjumpaan tersebut diadakan kerana Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang dihentikan secara tiba-tiba tanpa pemberitahuan atau notis rasmi.

Khabar angin yang mengatakan Running Man akan dihentikan telah mula tersebar kerana perjumpaan ini.

Beberapa media melaporkan bahawa, “Pada 15 Disember selepas beberapa mesyuarat, SBS telah memutuskan untuk menamatkan rancangan tersebut dengan siaran episod terakhir ditetapkan ke udara pada minggu pertama Januari (2017).” 

Walau bagaimanapun, satu wakil dari SBS segera menyangkal pendedahan ini, “Saya tidak pernah mendengar apa-apa kaitan dengan penghentian Running Man. Kami sedang memeriksa untuk memastikan jika mana-mana berita ini adalah benar pada masa ini. ”

Sekarang, SBS telah mengesahkan bahawa Running Man sememangnya akan dihentikan siarannya dan tidak lagi keudara bermula Februari 2017. Musim 2 juga telah secara rasmi dibatalkan.

Kenyataan itu berbunyi seperti berikut:

“Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications.
After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017.

However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook.”

– SBS Running Man

 

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo juga mendedahkan kenyataan terbaru bahawa mereka akan dapat menyertai semula Running Man sehingga akhir rancangan ini.

“To show the strength of friendship that was built over 7 years and thinking of the fans who supported Running Man for such a long time I think we have to show them the best finale possible.”

– Kim Jong Kook & Song Ji Hyo

via koreaboo.com

_ _ _ _ _

Terima kasih Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Song Joong-ki, Gary dan Song Ji-hyo selama 7 tahun yang daebak ini. Kamsahamnida.

Apa pendapat anda dengan berita ini?

(Visited 149 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK