Nov 162016
 

(Tips) 8 Pemakanan Sihat Untuk Kurangkan Berat Badan

Ingin mengurangkan berat badan tapi cepat lapar?

Disini ada satu artikel tentang tips dan petua diet sihat untuk kurus tanpa menahan rasa lapar dan dahaga.

Untuk kesan lebih cepat, selalulah bersenam dan sentiasa aktif untuk pembakaran lemak yang efektif.

Berikut adalah 8 tips pemakanan untuk kurangkan berat badan tanpa berlapar.

Bolehlah amalkan jika anda ingin menurunkan berat badan:

1. Elakkan makanan ringan

Makanan ringan tidak mengandungi khasiat lengkap untuk tubuh badan.

Ianya hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan di samping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang bahaya untuk kesihatan.

2. Makan makanan karbohidrat tinggi

Makan yang mengandungi kandungan serat atau fiber adalah seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.

Karbohidrat jenis ini berglisemik indeks rendah.

Ambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah sayur-sayuran dan ulam-ulaman dalam kuantiti yang banyak.

3. Ambil protein

Pengambilan protein sihat iaitu protein putih dan kurangkan sumber protein merah seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.

Makanan tinggi protein putih adalah seperti ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong.

Memakan sumber kekacang juga boleh diamalkan.

4. Makan buah-buahan

Makan banyak buah-buahan kerana ianya penuh anti-oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan. Ia juga kaya dengan fiber dan rendah indeks glisemik.

LIHAT JUGA:  (Diskaun) Alpha Lipid Slim Diet (SD) II - Penghantaran Percuma

Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya.

Buah-buahan berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.

5. Makanan seimbang

Apabila sarapan, makan tengah hari dan makan malam pastikan menu makanan yang betul.

Jangan berlapar dan meninggalkan masa makan.

Pastikan setiap makanan atau menu mengandungi khasiat seimbang iaitu lengkap karbohidrat, lemak, protein, serat dan air.

6. Air kosong

Banyakkan minum air kosong untuk membantu membakar kalori berlebihan.

Elakkan meminum minuman yang manis dan berkarbonat kerana ianya mempunyai kadar kalori yang tinggi

7. Ambil supplement

Pengambilan supplement seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, anti-oksidan, Omega 3.

Kajian mendapat supplement seperti Omega 3 dapat menurunkan berat badan.

8. Probiotik

Ambil probiotik secara kerap untuk membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman dan meningkatkan imuniti.

Probiotik ini boleh didapati dari pelbagai jenis minuman kultur hidup di pasaran.

Tips bonus

Lagi satu tips tambahan ialah makan masa.

Jadi kalau nak kurangkan berat badan memang memakan masa. Kena sabar sikit.

Harap tips di atas ni dapat membantu anda untuk hidup lebih sihat. Semoga berjaya!

(Visited 370 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK