Nov 242016
 

Sinopsis Pelakon Cinta Roller Coaster Slot Dahlia TV3

Drama bertajuk Cinta Roller Coaster akan disiarkan bermula 26 November ini di slot Dahlia TV3 setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6:58 pm.

Sinopsis dan pelakon Cinta Roller Coaster ini juga agak fresh, slumber, dan menghiburkan.

Mesti boleh trending di media sosial nanti.

Berikut adalah antara barisan artis yang membintangi drama terbitan Suhan Movies & Trading ini serta sinopsis cerita tersebut:

Pelakon:

  • Syazwan Zulkifly sebagai Syakir
  • Puteri Aishah sebagai Ziany
  • adik Arissa Afrina sebagai Zahra
  • Nas Muammar Zar (Nas-T) sebagai Izzat
  • Nadzmi Adhwa
  • Natasha Elyzza
  • Julia Farhana Marin
  • Ruminah Sidek

Sinopsis:

Drama Cinta Roller Coaster ini mengisahkan tentang Syakir dan Ziany yang bercinta sejak sekolah dan akhirnya berkahwin pada usia muda iaitu sejurus selepas SPM.

Namun mereka melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga dengan pelbagai masalah dan isu timbul sehingga pada satu tahap mereka inginkan perceraian walaupun telah menyambung pengajian ke universiti.

Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izzat, Muzammil, Athirah, dan ramai lagi yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

Apakah yang sebenarnya berlaku dalam perkahwinan mereka? Adakah sudah tiada cinta langsung antara mereka?

Mampukan perhubungan mereka ‘survive‘ sehingga ke akhirnya?

Saksikan kesudahan kisah ini bermula 26 November 2016 ini di Slot Dahlia TV3 pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 6:58 petang.

Bonus video:

Promo iklan TV:


 

Intro drama:

 

Babak menarik:

Semoga terhibur!

(Visited 319 times, 7 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK