Nov 242016
 

Cara Mengesan Jin Dalam Tubuh Badan Kita

Tips dan cara mengesan jin dalam tubuh badan kita ini telah menjadi viral di media sosial.

Mungkin dalam sedar tak sedar ada antara kita yang ada mengalami keadaan ini.

Untuk kepastian bolehlah baca perkongsian di bawah dan cuba cara yang diberikan.

Apapun pastikan anda tidak berseorangan dan lakukan perkara di bawah dengan ditemani seseorang.

_ _ _ _

Assalamualaikum.. Disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita.

Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah.

Cara Mengesan Jin Dalam Tubuh Badan Kita

Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak.

Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.

Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita ialah anda pegang nadi sebelah kiri anda dan baca bacaan dan doa ini:

  1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
  2. Selawat Keatas Nabi 3x
  3. Surah Al-Fatihah 1x
  4. Ayat Kursi 3x
  5. Zikir Lailahaillallah 100 x.
LIHAT JUGA:  (Tips) Cara Buang Lilin atau Wax Dalam Mi Maggi Segera

Sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat di atas badan anda terasa seperti berikut:

  1. Bergetar/mengigil
  2. Panas
  3. Pening.
  4. Muntah
  5. Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
  6. Mengantuk.

… Itu lah tandanya tubuh badan anda dihuni jin.

Segeralah pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.

*PESANAN. JANGAN LAKUKAN BERSEORANGAN DIRUMAH.

_ _ _ _ _

Semoga bermanfaat!

(Visited 60 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK