Oct 202016
 

Video Lirik Lagu Bukan Propaganda OST Filem Desolasi

Bagi yang mencari video dan lirik lagu OST filem Desolasi, inilah tempatnya.

Lagu bertajuk Bukan Propaganda ini dinyanyikan oleh Syamsul Yusof dan Mawi.

Tarikh tayangan filem Desolasi adalah bermula pada 8 Disember 2016. Ramai-ramai terjah pawagam!

Boleh play klip video berikut dan ikuti lirik lagu Bukan Propaganda ini di bawahnya: 

 

 


CHORUS:

Ramai manusia yang tersilap sangka

Ketenangan hidup hadir dari harta

Harta kuasa bukan segalanya

Harta kuasa tidak semestinya

Insan bahagia tenang jiwanya

Tolonglah oh Tuhanku

 

Yeah tiada jalan mudah ke Jannah

Kerana jannah itu bukannya murah (Bukannya murah)

Yes! Mampukah kau menjadi seperti Siti Khadijah

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah

 

Dia yang Maha Esa (Dengarkan aku berbicara)

Bicara tentang kita dan Maha Kuasa (Bukan propaganda pasal dunia. Hah,Sampai bila?)

Wahai manusia berbaloikah ini semua? (Sampai bila aku tanya hey?)

Selagi namanya dunia engkau takkan ke mana

 

Takkan kemana yeah hidupmu pastikan kecewa

Jika kau bergantung harap pada manusia

Kawanmu boleh ‘blah-blah-blah’

Bestfriendmu boleh ‘blah-blah-blah’

Tapi Dia, Ya Dia

Takkan tinggalkan kita bergantung haraplah pada-Nya

LIHAT JUGA:  (Video Klip | Lirik Lagu) Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol

 

(CHORUS)

 

Miskin kaya, miskin kaya, Aku kamu sama saja

Aku kamu hanya hamba, tiada apa nak dibangga

Sedihnya bila dunia menilai kejayaan insan

Dari sudut pangkat dan harta, kau sedarlah

 

Dia Yang Maha Esa (Dengarkan aku berbicara)

Bicara tentang kita dan Maha Kuasa (Bukan propaganda pasal dunia. Hah, sampai bila?)

Wahai manusia berbaloikah ini semua? (Sampai bila aku tanya hey?)

Selagi namanya dunia engkau takkan ke mana

 

Hidup ini bagaikan penjara

Pada mereka yang mencari makna hamba

Sebenarnya kadang-kadang aku lupa, aku leka, terkesima, kerana apa hah?

Konspirasi, kontroversi, aku benci illuminati

 

(CHORUS)

 

(Ini bukan lagu propaganda)

Kekejaman dunia manusia sering buta

(Betapa ramai yang menderita)

Mengapa hati mudah tertipu dengan agenda-agenda?

(Kerana kau terlalu cinta dunia)

Tanyakan pada dirimu, apakah harta kamu akan menyelamatkan mu?

Yeah satu perkara aku mahu cerita (Apa cerita?)

Sememangnya di dunia

Engkau tidakkan nampak siapakah yang bakal pergi ke syurga

Tapi kau kan nampak siapakah yang benar-benar mencuba

 

(CHORUS x2)

(Visited 1,031 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK