Oct 182016
 

Video Kanak-Kanak Meredah Kolam Berisi Ular

Agak kasihan melihat traumanya kanak-kanak ini diberi latihan meredah kolam yang berisi ular semasa dalam satu latihan kepimpinan.

Dari video tersebut kelihatan ianya dikawal selia oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPA).

Lihat video di bawah ini: 

 

 

Berikutan itu, satu maklumbalas telah diberikan oleh pihak yang berkenaan:

“Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai penggunaan ular dalam latihan yang dilakukan oleh pengurusan APM.

Katanya, APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku.

“Jadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular.

“APM amat menitik beratkan keselamatan peserta dan sangat berduka cita mengenai kejadian berkenaan walaupun semua peserta berada dalam keadaan sihat serta selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hurm.. Apa perasaan anda apa bila melihat video tersebut?

(Visited 437 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Viral) Luahan Guru Mengamuk; Kecewa Dengan Pelajar Degil

LIKE KAMI DI FACEBOOK