Oct 192016
 

(Video) Kakitangan SAJ Dipukul Penduduk Tak Bayar Bil Air 3 Bulan

Kesian tengok video kakitangan Syarikat Air Johor (SAJ) ni dipukul penduduk yang 3 bulan tak bayar bil air.

Penduduk dari Kampung Melayu Kulai ini dikatakan mengamuk setelah bekalan air mereka dipotong oleh kakitangan ini.

Lihat aksi ganas mereka ini di bawah: 

 

 

Sementara itu, laporan akhbar tempatan hari ini memetik:

Kulai: Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki memukul dan mengugut seorang individu dipercayai kakitangan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) selepas video insiden itu viral di laman sosial Facebook (FB) hari ini.

Video berdurasi 15 saat itu yang mula tersebar sejak jam 4 petang tadi memaparkan seorang lelaki memakai jaket SAJ yang berada di atas motosikal ditumbuk di muka oleh seorang lelaki, manakala seorang lagi menendang dan merampas topi keledar mangsa.

Ia dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini.

Kejadian itu dipercayai dirakam seorang lagi kakitangan SAJ bertugas, yang mana suspek dilihat turut menuju ke arahnya sebelum rakaman ditamatkan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan.

Sementara itu, jurucakap SAJ memaklumkan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas melihat video berkenaan dalam laman sosial.

“Kami masih menyiasat perkara ini kerana sehingga kini kami tidak menerima apa-apa laporan daripada mangsa walaupun difahamkan laporan polis sudah dibuat,” katanya.

 

LIHAT JUGA:  Lelaki Amuk Di Putrajaya Adalah Blogger JAYA NEGARA?

Apa perasaan anda lepas melihat video tersebut? Geram? Marah?

(Visited 439 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK