Oct 062016
 

Video Aksi Superbiker Mengejar Pemandu Langgar Lari

Thumbs up untuk penunggang motosikal ni!

Siapa sangka hari Ahad yang tenang bagi seorang pengguna youtube iaitu RPSTV tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian langgar lari melibatkan dua buah kereta.

Selepas kejadian tersebut, pemandu yang melanggar lari tersebut telah meninggalkan tempat kejadian dengan segera.

Beliau yang ternampak sekaligus merakamkan kejadian tersebut terus mengejar pemandu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Lihat apa yang terjadi seterusnya dalam klip video dibawah ini: 

Dalam klip itu, penunggang motosikal yang menjelaskan bahawa dia takut pemandu langgar lari tersebut boleh bertukar ganas, yang menyebabkan beliau berhenti mengekori pemandu tersebut.

Yang pasti, penunggang motosikal telah memudahkan pemandu kereta yang dilanggar dengan mendapatkan rakaman nombor plat kereta serta pemandu kereta tersebut untuk dilaporkan pada pihak berkuasa.

(Visited 128 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Motor Yang Cool Habes!! Inspirasi Dari Filem Fiction Tron Legacy

LIKE KAMI DI FACEBOOK