Oct 112016
 

Tips Cara mengetahui ukuran saiz cermin mata

Jika anda bakal memakai cermin mata buat kali pertama, eloklah kiranya membaca tips dan cara mengetahui ukuran saiz cermin mata ini.

Ini kerana ramai yang tidak tahu ukuran saiz cermin mata hingga akhirnya merasakan tidak selesa kerana terlebih besar ataupun terlebih kecil. (Mengikut pengalaman saya sendiri)

Untuk pengetahuan, saiz cermin mata kebiasaannya ada ditulis di bahagian batang cermin mata tersebut (temple).

Dan sesetengah cermin mata ada ditulis di bahagian penyambung hidung (bridge). 

Tips Cara mengetahui ukuran saiz cermin mata

Cermin mata saya yang lama.

Untuk bacaannya pula, ada tiga bahagian nombor yang dibaca dalam ukuran milimeter (mm).

Contohnya 52:13:130

Berikut adalah makna untuk setiap nombor berikut mengikut turutan

52 = lebar bingkai cermin (untuk sebelah sahaja)

Tips Cara mengetahui ukuran saiz cermin mata

Ukuran saiz frame atau bingkai cermin

13 = saiz bridge

Tips Cara mengetahui ukuran saiz cermin mata

Jarak antara dua bingkai cermin di tengah hidung.

 

130 = panjang temple

Tips Cara mengetahui ukuran saiz cermin mata

Panjang batang atau lengan cermin mata

 

LIHAT JUGA:  (Petua) Tips Diet Tanpa Lapar Cara Kevin Zahri

Sekarang pasti anda sudah tahu bagaimana menentukan saiz cermin mata.

Bolehlah anda mula memilih saiz yang betul tanpa perlu bergantung kepada pembantu kedai.

Kadang-kadang ada pembantu kedai yang memberikan saiz yang salah dan besar semata-mata ingin menghabiskan stok dan mengaut keuntungan.

Kena ingat, cermin mata perlu dipakai setiap masa. Apa salahnya pilih betul-betul untuk keselesaan berpanjangan.

Diharap info ini dapat membantu anda menjadi pembeli yang lebih bijak.

Semoga bermanfaat.

(Visited 158 times, 4 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK