Oct 022016
 

 

Tips 7 Perkara Penting Untuk Pilih Hotel Terbaik

Cuti sekolah akan tiba kurang dari dua bulan lagi.

Bagi yang ingin merancang percutian, bolehlah baca 7 tips dan perkara penting untuk pilih hotel terbaik di bawah ini.

Mungkin berguna bagi mengelakkan masalah semasa pergi bercuti nanti.

Berikut adalah perkara yang perlu di ambil kira untuk memilih hotel terbaik: 

  • Jumlah bintang
    • Jumlah bintang menentukan kualiti dan harga sesebuah bilik di hotel. Walaupun kurang dipercayai, namun bolehlah dijadikan panduan awal sebelum menempah. Pilih hotel yang bermula dari 3 bintang ke atas. Hotel 2 dan 1 bintang adalah kurang selesa untuk didiami kerana ianya biasa-biasa sahaja.
  • Tempat meletak kereta
    • Ini salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Pilih parking yang dekat dengan hotel untuk keselesaan berjalan dan keselamatan. Ini juga untuk mengelakkan dari kejadian pecah kereta jika kereta diletakkan terlalu jauh. Lebih baik jika hotel menyediakan ruang letak kereta di bawah atau sekitar bangunan hotel
  • Lokasi hotel
    • Destinasi hotel yang jauh dari hiruk pikuk manusia memang menenangkan namun janganlah memilih hotel yang sunyi dan terletak jauh di pedalaman. Pilih hotel yang tidak jauh dari bandar kecil atau kawasan orang ramai. Ini untuk memudahkan anda keluar jika perlu membeli makanan atau kecemasan (sakit).
  • Ulasan dari pelanggan
    • Rajin-rajinlah melayari internet dan baca setiap komen dan ulasan dari pelanggan yang pernah menghuni sesuatu hotel. Zaman sekarang terdapat ramai blogger yang rajin menulis review tentang tempat percutian dan makanan menarik di sesuatu tempat. Bandingkan dan rancanglah percutian anda dengan sebaiknya.
  • Kemudahan
    • Ambil kira juga kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan seperti dobi, wifi dan restoran. Jika tidak pun pilih saja hotel yang berdekatan dengan premis yang menyediakan kemudahan tersebut.
  • Caj Tersembunyi
    • Ada sesetengah hotel mengenakan caj tambahan untuk wifi. Jika anda tiada internet bergerak, maka seeloknya pilih hotel yang menyediakan wifi secara percuma.
  • Sesuai untuk seisi keluarga
    • Antara kemudahan hotel yang sesuai untuk seisi keluarga adalah seperti kolam renang dan restoran. Di sinilah keluarga boleh bersembang dan mengeratkan tali silaturahim.
LIHAT JUGA:  (Tips) Beza Beg Deuter Original Dan Palsu

Jika tak tahu nak bercuti di mana hujung tahun ini, admin syorkan datanglah bercuti di Perlis. Di sini kuih muih dan makanan agak murah, kedai makan banyak, barang juga agak murah tambahan pula jika ke Padang Besar dan negeri ini masih mengekalkan kehijauannya. Datanglah :)

(Visited 46 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK