Oct 162016
 

Nak tahu resepi rahsia nasi lemak lebih sedap?

Boleh cuba 6 petua hasilkan nasi lemak lebih sedap di bawah ni.

Ada 2 tips tambahan di bawah. Bolehlah sama-sama cuba ye:

1. Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan

2. Didihkan dahulu santan bersama daun pandan, masak seperti biasa. Nasi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya.

3. Jika inginkan nasi lemak yang lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari.

4. Ingin wangikan nasi, masukkan serai, daun pandan,lada hitam,kulit kayu manis,hirisan bawang besar.

5. Jika nasi lemak termentah dalam periuk, cepat2 masak atas dapur gas dgn api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak..

6. Jika inginkan nasi menjadi sebijik-sebijik, letak marjerin sikit atau minyak masak.

LIHAT JUGA:  (Cara) Mengesan Jin Dalam Tubuh Badan Kita

7. Boleh juga mencampurkan secubit gula untuk kemanisan nasik lemak dan paling penting garam secukup rasa

8. Untuk sukatan air boleh guna formula ni (Darab 2 tolak 1)

Contoh:

Beras 3 cawan.

Air 3 x 2 = 6 cawan. Tolak 1.

Jadi air yang diperlukan 5 cawan sahaja.

Kalau 5 cawan air tu = 3 setengah cawan air biasa 1 setengah cawan santan.

SELAMAT MENCUBA :)

(Visited 1,596 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK