Oct 102016
 

Sinopsis Pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot Astro Ria

10 Oktober 2016 ini akan bermulanya drama bertajuk Suri Hati Mr Pilot di saluran Astro Ria (HD).

Untuk info lanjut, bolehlah rujuk sinopsis dan nama pelakon yang akan menemani anda pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Berikut adalah antara artis yang menjadi pelakon dalam drama ini: 

  • Neelofa (Warda)
  • Fattah Amin (Ejaz)
  • Ben Amir
  • Azar Azmi
  • Datin Nina Jureen
  • Aleza Shadan
  • Eleena Sui
  • Alvin Cheong
  • Mas Khan

Dengan penampilan istimewa

Serta turut membantu:

  • Fahad Iman
  • Nizen Ayob
  • Adriana Adnan
  • Rahim Omar
  • Azhar Amir
Neelofa dan Fattah Amin Suri Hati Mr Pilot

Gandingan mantap Neelofa dan Fattah Amin

Berikut pula adalah sinopsis drama Suri Hati Mr Pilot:

Pertemuan Ejaz dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Nantikan drama Suri Hati Mr Pilot ini bermula 10 Oktober 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

BONUS: Video iklan teaser untuk promo TV

LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Pelakon) Drama 7 Ramadan - Slot Samarinda TV3

Apa pendapat anda dengan cerita ni? Menarik?

Semoga terhibur.

(Visited 4,921 times, 4 visits today)

Comments

  1. […] peminat drama Suri Hati Mr Pilot, pastinya anda mencari lirik dan lagu OST drama tersebut yang bertajuk Selamanya Cinta nyanyian […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK