Oct 242016
 

Review Takoyaki Meatball Sedap di Perlis

Bukan review berbayar.

Pernah makan takoyaki atau meatball Ikea?

Bayangkan jika kedua-duanya digabungkan. Di Perlis, gabungan Takoyaki Meatball yang sedap ini kini boleh didapati di sini. 

Takoyaki?

Bagi yang beluim tahu, takoyaki adalah makanan Jepun berbentuk bebola dan terdapat pelbagai pilihan inti di dalamnya seperti sotong, udang, unagi, abalon, ayam berkeju dan lain-lain lagi.

Jika ingin merasai takoyaki di Malaysia bolehlah terjah satu premis bernama Takotao. Selalunya ada di pasaraya seperti di Jusco atau Aeon.

Review Takoyaki Meatball Sedap di Perlis

 Takotao ni admin beli di Pasaraya Jusco, Melaka beberapa tahun lepas.

Satu set Takotao ini terdapat 3 biji sahaja dan harganya mungkin sekitar RM 5. (admin pun dah lupa sebab dah bertahun-tahun beli ni).

Rasanya mestilah sedap. Tapi 3 biji mana cukup. Nak juga sedozen ke. Keh3..

 

Takoyaki meatball di Perlis

Selain inti yang disebutkan diatas, kini di Perlis terdapat satu takoyaki yang berintikan meatball. Agak menarik bunyinya.

Untuk dapatkan hidangan ini, korang carilah satu gerai di hadapan Taman Fauziah, Kangar, Perlis.

Ianya berdekatan dengan roundabout ‘tengkolok’ Kangar dan bangunan TNB Kangar. Boleh rujuk peta di bawah ni:

Review Takoyaki Meatball Sedap di Perlis

Maaf tak seindah Goole maps.

Kalau anda lalu di situ, akan ada satu gerai yang mempunyai papan tanda “NASI AYAM PANDAN” dan di tepi gerai tersebut ada banner warna pink bertulis “TAKOYAKI MEATBALL + SOS KRIM”.

LIHAT JUGA:  7 Sebab Kenapa Berbaloi Beli Tilam Dari Lazada

Dari jauh dah boleh nampak.

Review Takoyaki Meatball Sedap di Perlis

Peramah juga abang yang menjual ini.

Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 3 petang dan abang ini juga ada menjual nasi ayam pandan.

Kalau nak buat tempahan atau order awal-awal bolehlah hubungi nombor berikut: 012 4173232.

Bolehlah terjah masa lunch hour.

 

Apa yang ada dapat?

Untuk satu set Takoyaki Meatball ini terdapat 5 biji bebola di berikan.

Ianya juga dilimpahi sos mayonis (seperti takoyaki biasa), sos black pepper dan krim meatball (seperti di Ikea).

Review Takoyaki Meatball Sedap di Perlis

1 set dapat 5 biji bebola. Terbaik!

Penyediaannya pula mengambil masa dalam 10-15 minit.

Jadi diharap bersabar menungu pesanan anda siap dimasak.

 

Harga

Harganya pula memang berpatutan dan berbaloi.

Untuk satu set berisi 5 biji bebola takoyaki meatball ini harganya hanyalah RM 4.50.

Murah kan?

Review Takoyaki Meatball Sedap di Perlis

Sedap baq hang!

Dan rasanya pastilah sedap tambah-tambah bagi mereka yang menggemari takotao dan meatball dari Ikea.

Tak rugi beli.

Jika anda berada di Perlis bolehlah terjah ramai-ramai nanti.

(Visited 148 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK