Oct 162016
 

Review Helmet Double Visor LTDReview helmet double visor LTD ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

Mencari topi keledar yang sesuai memang penting untuk menambah tahap keselamatan semasa menunggang motosikal.

Tahap keselesaan, fungsi dan ciri-ciri tambahan juga mampu menampah nilai pada sesebuah topi keledar itu.

Topi keledar yang diberi nama LTD Infinity RAM Double Visor ini adalah satu pilihan bijak kerana terdapat tambah nilainya yang tersendiri selain harganya yang agak berpatutan.

Untuk pengetahuan, saya membeli helmet ini melalui laman web Lazada.

Review Helmet Double Visor LTD

Barang dihantar dalam kotak melalui syarikat courier. Nice!

Kenapa pilih yang ini?

Ada beberapa sebab saya memilih topi keledar ini antaranya:

DOUBLE VISOR

Review Helmet Double Visor LTD

Semestinya terdapat dua visor berasingan.

Dengan adanya dua visor, agak menyenangkan untuk dipakai pada kedua-dua waktu siang dan waktu malam.

Sebelum ni agak sukar jika menunggang pada waktu malam kerana memakai helmet yang dipasang visor gelap sahaja.

 

VENTILATION

Review Helmet Double Visor LTD

Dengan lubang pengudaraan. Perhatikan lubang di atas helmet terdapat suis untuk buka dan tutup.

Untuk cuaca panas di Malaysia ini, menjadi keutamaan untuk memilih helmet yang memberikan pengudaraan yang baik.

Lubang pengudaraan pada helmet ini dapat menyedut udara masuk dan keluar dari helmet tersebut untuk proses penyejukan kepala.

Ianya terdapat di bahagian bawah, atas dan dalam ‘tanduk’.

Namun perlu diingatkan bahawa lubang ini hanya ditebuk pada lapisan luar sahaja dan bukan menembusi polisterin di bawah helmet (tiada angin sampai ke kepala pemakai).

Walaubagaimanapun, angin masih mampu menyejukkan ruang dalaman helmet ini.

 

REKABENTUK

Review Helmet Double Visor LTD

Dengan rekabentuk ber’tanduk’ untuk lebih gaya dan aerodinamik.

Rekabentuk bertanduk sesuai dengan gaya penunggang masa kini dan mungkin membantu dari segi aerodinamik atau rintangan angin.

Selain itu terdapat juga beberapa kelebihan lain helmet ini iaitu:

 

KESELESAAN

Review Helmet Double Visor LTD

Bahagian dalaman topi keledar ini.

Bahagian dalam helmet ini agak selesa dengan dilengkapi lapisan fabrik biasa dan berlubang serta span yang tebal.

Amat sesuai untuk ditunggang semasa hari yang panas.

LIHAT JUGA:  (Review) Mee Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang

Lapisan polisterin untuk menyerap hentakan juga agak tebal untuk lebih ciri-ciri keselamatan.

Review Helmet Double Visor LTD

Juga dilengkapi pelapik bawah.

Tak pasti juga apa fungsi pelapik getah di bahagian bawah helmet ini.

Namun bagi saya ianya boleh menahan air hujan dari menitik membasahi bahagian fabrik.

Dan fungsinya boleh juga sebagai pelapik untuk elakkan fabrik dari kotor jika diletakkan di mana-mana.

 

BUNYI ANGIN / KEDAP UDARA

Selama sebulan lebih memakai helmet ini ternyata ianya lebih baik dari helmet KHI (helmet saya sebelum ini).

Helmet KHI agak bising kerana angin boleh masuk melalui bahagian pelapik bawah helmet yang mana bahagian spannya tidak bersambung dan pelapik bawahnya yang lebih besar dari span.

Lihat gambar berikut untuk lebih jelas:

Review Helmet Double Visor LTD

Helmet KHI. Titik merah menunjukkan bahagian span terpisah yang membolehkan angin masuk ke bahagian telinga.

Thumbs up untuk helmet LTD ini kerana rekaan pelapik bawahnya yang kecil dan span yang bersambung untuk mengelakkan bunyi bising akibat kemasukan angin ke bahagian telinga.

Review Helmet Double Visor LTD

Rekabentuk yang kurang bising. Nice!

SISTEM PENGUNCI VISOR

Review Helmet Double Visor LTD

Sistem pengunci visor luar dan dalam yang mudah

Selain pengunci dalam yang menyerlah dengan warna merah, ianya juga agak mudah untuk proses menukar, mengangkat atau menurunkan visor.

Suis (merah) untuk visor gelap di dalam juga mudah digunakan.

 

LAIN-LAIN YANG MENARIK

  • Warna putih sesuai dipakai semasa panas kerana paling kurang menyerap haba
  • Psst.. sticker yang bertulis ‘LTD’ dan ‘RAM DOUBLE VISOR’ dapat ditanggalkan. Jika tidak suka bolehlah tanggalkan.
  • Cop SIRIM semestinya ada. Jangan risau.

Dan ada satu benda yang saya rasa kurang berkenan dengan helmet ini iaitu:

Review Helmet Double Visor LTD

Buckle jenis bergigi panjang.

Buckle ini memang mudah digunakan terutamanya untuk penunggang superbike yang memakai sarung tangan.

Namun, ianya agak leceh kerana sukar untuk mengunci helmet ini pada cangkuk yang disediakan pada motosikal.

Jadi terpaksa sangkut helmet ini di motosikal menggunakan tali pengikat tersebut.

Bagaimana dengan harga?

Jika anda membeli helmet ini di Lazada ianya dijual pada harga RM100 hingga RM120.

Namun versi tanpa tanduk juga ada dijual dengan harga lebih murah (kurang dari RM100).

Jika ada voucher Lazada pastilah harganya lebih murah; boleh dapat potongan harga sehingga 25%.

Penghantaran pula mengambil masa kurang dari seminggu.

Berminat untuk membeli? Boleh klik mana-mana produk pilihan anda di bawah dari Laman Lazada ini:

Selamat membeli!

(Visited 185 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK