Oct 232016
 

Resepi Sambal Tumis Mudah Dan Sedap

Ramai yang sukakan sambal tumis kerana rasanya yang sedap dan pedas.

Penyediaan resepi sambal tumis juga agak mudah sesuai untuk bujang mahupun penggemar makanan pedas.

Admin juga salah seorang ‘hantu sambal’. Jadi agak penting untuk tahu cara nak buat sambal ni supaya tak kempunan bila takde sambal.

Sempatlah juga belajar dan hasilnya memang sedap.

Cara penyediaan agak senang dan jangan lupa sediakan pengisar atau blender.

Seterusnya.. 

Senarai bahan-bahan yang diperlukan:

  • segenggam cili kering (seeloknya rebus dahulu dalam air)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak
  • garam
  • gula
  • sedikit bancuhan air asam jawa (air rendaman asam keping pun boleh)

Mengisar:

Resepi Sambal Tumis Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan sedia untuk dikisar dalam blender

  1. Potong kecil 2 setengah biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih.
  2. Masukkan bahan potongan tadi ke dalam pengisar bersama-sama cili kering yang sudah direbus.
  3. Masukkan sedikit air supaya ianya  senang dikisar dan kisar sehingga menjadi pekat.
LIHAT JUGA:  (Resepi) Kentang Putar / Mashed Potato Homemade

Menggoreng tumis:

Resepi Sambal Tumis Mudah Dan Sedap

“Pecah minyak”

  1. Panaskan secawan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar tadi dan goreng tumis hingga pecah minyak (naik bau atau at least ada orang bersin :D)
  3. Jangan lupa masukkan gula. (2 sudu besar untuk lebih pedas, 4 sudu besar untuk kurang pedas)
  4. Setelah pecah minyak, masukkan lebihan setengah bawang besar tadi (dihiris), air asam jawa dan secubit dua garam (secukup rasa) dan sedikit air.
  5. Teruskan menggoreng sehingga rata dan sedap.
  6. Jika masih terlalu pedas bolehlah tambahkan gula dan gaulkan rata sebelum menutup api.
  7. Hidangkan bersama nasi dan lauk seperti ikan bilis goreng goreng atau telur seperti hidangan nasi lemak. Memang terbaik!
Resepi Sambal Tumis Mudah Dan Sedap

Sambal tumis siap dihidangkan.

Selamat mencuba!

(Visited 69 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK